Salam 3 Ramadan! Bagaimana perjalanan Ramadan kalian setakat ini?Ada yang dah mula sibuk shopping atau buat kuih raya ke?
Alhamdulillah, saya cuti sepanjang bulan puasa sampailah seminggu lepas raya. Heheheh this is one of the perks of kerja sendiri. Cuti pun ikut kepala sendiri 😆 Bulan puasa tahun ni, selain nak cuba laksanakan ibadah sebanyak dan sesempurna mungkin, saya nak rehat puas-puas! Rehat dari urusan kerja. Dari hujung tahun lepas, sibuk berkejar ke sana ke mari, langsaikan itu ini. So, insya-Allah bulan puasa ni jadi tempoh bertenang untuk saya.
Time-time beginilah boleh relaks sedikit, buat kraf, blogwalking (akan cuba sedaya upaya untuk kunjungi kalian), dan layan hobi baru. Brush lettering. Sebenarnya, saya minat nak belajar brush lettering ni dah lama dah. Tak ada kesempatan nak attend kelas. Then, bulan April baru-baru ini ingat nak belajar via internet je. Di Youtube, di blog-blog dan Pinterest ada banyak tutorials dan templates mudah untuk latih brush lettering. Saya siap buat misi 30 days brush lettering lagi. Punyalah semangat. Sudahnya, saya ke mana, brush lettering ke mana,..tak sampai seminggu, misi kandas!