Rabu, Mei 30, 2018

DIY Kad Hari Raya Guna Colouring Pages

Assalamualaikum,
Salam Ramadan ke - 14.

Hari ini entri berkenaan kad hari raya DIY.

Jika tahun kepas, saya kongsi tutorial DIY Kad Hari Raya Menggunakan Decorative Tape yang dibeli di Mr. DIY, tahun ini saya guna colouring page atau colouring book pula. Jangan bimbang, kebanyakan tutorial kraf kertas dan card making yang saya sediakan sempena keraian sebegini berkos rendah, mudah dan mampu dibuat. Jadi, bolehlah buat banyak-banyak dan kirim pada kenalan dan keluarga.


Lihat Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:


Pada asalnya, saya tengah mengemas stationeries dan stok barang kraf. Terjumpa buku colouring for adults yang terabai sebab saya hangat-hangat tahi ayam je nak mewarna. Design dalam buku tu punyalah details, kecil-kecil … sampai naik pening dan stres pula saya sewaktu mewarna hahaha. Nasiblah masa beli harganya sekitar RM5 - RM7/sebuah. 

Daripada terbiar begitu sahaja, baiklah dimanfaatkan sebaiknya. Kita buat kad. Bagi yang tidak ada colouring page atau colouring book, tak perlu bazir duit beli buku mewarna sampai dua puluh ke tiga puluh ringgit tu. Search atau google 'colouring pages for adults', pilih gambar yang berkenan dan cetak. Jimat!

Selasa, Mei 22, 2018

Ramadhan yang Lebih Baik



Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah! Berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Allah izinkan kita untuk kejar ganjaran besar bulan hebat ini. Rasanya, belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah-ibadah Ramadhan. Maaf, baru hari ini sempat buka blog.

Harapan saya, mudah-mudahan kita semua dapat peluang untuk manfaatkan bulan ini sebaik-baiknya,
Ampun maaf andai ada salah silap, salah perilaku, tindakan atau kata-kata saya terhadap kalian. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk menempuh Ramadhan, menunaikan ibadat bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya.