Selasa, September 11, 2018

Tips Dapur - Cara Simpan Kelapa Parut

Sebelum ini saya pernah tulis entri mengenai cara menyimpan halia supaya tahan lebih lama dan tidak kecut/rosak. Kali ini, tips dapur yang ingin saya kongsi ialah cara saya simpan kelapa parut untuk masakan.

Kebiasaannya, sebelum ini saya guna santan kotak yang telah ditrim lemaknya. Tetapi, sekarang ini saya cuba kurangkan penggunaan produk yang diproses dalam diet harian. Tidaklah secara total. Apa yang termampu. Bila terdesak dan tak sempat, guna santan kotak juga.

Berbanding santan yang telah diperah, saya lebih suka beli kelapa parut. Seronok sekali sekala perah santan masa nak masak. Satu bentuk terapi gitu! Jadi, apa yang akan saya lakukan, setiap kali ke kedai runcit, saya akan beli dalam 2 ke 3 biji kelapa, siap diparut.

Jika ada dalam perancangan nak buat kuih seperti onde-onde atau kaswi, saya akan minta pekedai tu asing siap-siap kelapa parut yang putih. Jika tidak, campur je sekali dengan kelapa parut yang ada cebisan-cebisan kecil tempurung.

Balik rumah, asingkan kepada beberapa bahagian. Saya buat dua portion berbeza. Yang besar untuk hidangan memerlukan banyak santan seperti nasi lemak, gulai dan kari. Manakala yang kecil untuk dibuat lempeng atau cucur. Masukkan ke dalam plastik. Leperkan kandungannya supaya lebih mudah disusun dalam peti dingin beku.



Isnin, Ogos 27, 2018

Karela Goreng Berempah

Perkongsian resepi untuk hari ini, karela goreng berempah. Ya, kita cakap pasal peria. Saya je gatal guna nama lain biar fancy hehehe.

Karela atau kambas ni saya 'warisi' daripada Cekengah. Dia beli untuk makan ke untuk minum atau buat air detox ke ... saya kurang pasti. Dek kerana terlalu sibuk, berhari-hari terperam dalam peti sejuk. Dah masuk dua minggu, saya pun jadi fairy godmother tukarkan peria yang sudah mula kecut kepada hidangan yang boleh dimakan.

Peria Goreng Berempah