Khamis, November 01, 2018

Sate Berkuah Keju Satay Hut Tanjung Karang

Sate berkuah keju? Ya, kalian tak salah baca. Memang berkuah keju. Menarik kan? Ini antara pilihan hebat yang kalian dapat nikmati jika berkunjung ke Satay Hut, Tanjung Karang. Sebenarnya, saya tidak pernah pergi makan di kedai itu sendiri. Jauh. Saya pula bukan jenis yang suka jalan jauh merata semata-mata untuk cari makan. Lainlah kalau dah lalu kat kawasan tu. Tetapi, alhamdulillah.  Meskipun tidak sampai ke sana, saya sudah berpeluang merasa keenakan sate Satay Hut ini beberapa kali kerana Cekengah rajin pergi dengan kawan-kawan office.


Sate di Satay Hut memang sedap dan kena dengan selera saya. Perapannya berasa sampai ke isi daging. Cukup rasa. Tak bland. Kuah kacangnya pekat. Kalau rasa bosan makan sate saiz biasa (bagi saya portion secucuk agak besar juga, tak keding. Lihat gambar di atas.), kalian boleh order sate bersaiz jumbo. Memang jumbo dan besar sate-satenya! Yang ini saya tak pernah cuba. Tengok gambar sahaja. 

Isnin, Oktober 29, 2018

Penangan Zamani

Ada siapa-siapa yang follow Gegar Vaganza 5? Secara peribadi saya tak ikut sangat program ini sekarang. Cuma sesekali jika layan Youtube, tengok jugalah klip-klip yang ada. Lagipun, musim ini tak banyak artis yang saya minat. Ada Zamani seorang je.

Sebut tentang Zamani, apabila dapat tahu yang lagu tugasannya untuk minggu ke-5 ialah lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta', saya jadi excited. Lagu nyanyian kumpulan Flybaits yang pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan Spring ini memang antara lagu kegemaran saya. Dahulu, masa mula-mula belajar main gitar, bukan main ambitious lagi nak belajar main lagu ni, selain lagu 'Saat Terakhir', ST12.

So, malam tadi sambil menyudahkan tempahan kad, kejap-kejap intai Gegar Vaganza Live. Malangnya, apabila giliran Zamani tiba, dia tak boleh perform. Hilang suara. Seawal baris pertama dah kecundang. Kuciwa! Kuciwa! Tetapi, apa yang menarik, peminat-peminat Zamani, seluruh isi dewan, hos dan juga juri sama-sama bantu Zamani menyanyi lagu tu sampai habis. Sweet and touching jugaklah.

Penangan Zamani dan Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta

Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak masuk blog dan dah lama tak check statistics. Pagi tadi sajalah tengok statistik blog hidup segan mati pun segan saya ni. 😉