Ahad, Ogos 18, 2019

Kord Gitar Mudah Esok Belum Tiba - Nastia feat. Liyana Fizi

Sejak ibu jari saya kena bedah Jun lalu, memang tak dapat nak petik gitar. Jari under construction-lah katakan. Sekarang ni, walaupun masih tengah jalani terapi untuk biasakan penggunaan ibu jari semula (sebab dah hampir dua bulan buat kerja tanpa gunakan ibu jari), teringin juga jemari ni nak usik tali gitar. 


Jadi, saya cuba jugalah main gitar. Cari lagu yang dah lama teringin nak main, perlahan-lahan petik.  Pada mulanya rasa ngilu jugak. Tapi, lama-lama OK. Bolehlah buat lepas gian. 😉


Lagu 'Esok Belum Tiba' jadi pilihan pertama saya. Lagu ini sebenarnya popular sekitar tiga empat tahun yang lalu. Zaman-zaman tu memang saya suka sangat dengan lagu Liyana Fizi. Selepas 'Jatuh', gabungan suara Liyana dengan Nastia ni juga merupakan kegemaran saya. Soothing and easy listening. Lembut je masuk telinga. Cuma masa tu saya belum pandai main gitar. Jadi, tak adalah chords gitar lagu ni di FAMF Tower.


'Esok Belum Tiba' kembali jadi siulan dan dicari-cari semenjak gelombang panas drama 'Sweet Dreams' mula melanda peminat drama melayu tanah air. Lagu ini merupakan salah satu daripada lagu runut bunyi drama lakonan Mira Filzah dan Ben Amir selain daripada lagu-lagu IamNeeta ('Ilusi', 'Jatuh Cinta' dan 'Sakit').

Kredit

Selasa, Ogos 06, 2019

Kad Klef Trebel - Just For You Card

Sebenarnya sudah lama saya siapkan kad yang satu ini. Terperam ibarat jeruk maman dalam draf. Baru sekarang sempat buat entri. Saya hendak berikan kepada seorang kawan merangkap bekas majikan saya untuk wish dia 'Good Luck'. Ini dikira sebagai kad 'Selamat Maju Jaya' lah.


Pandangan hadapan


Bahagian hadapan kad ini merupakan bentuk klef trebel yang dibuat menggunakan susunan not-not muzik kecil. Not-not kecil tu hasil tebukan craft punches. Kemudian, disusun satu persatu sehingga membentuk satu klef trebel besar. Seingat saya, bahagian hadapan kad yang bikin mata saya berpinar semasa menyusunnya ni, saya buat pada penghujung tahun lepas. Tetapi, ketika itu sekadar buat suka-suka. Tak decide pun lagi hendak buat kad apa atau beri pada siapa. Lagipun saya memang ada sejenis 'kecintaan' pada klef trebel sejak kecil. Kalau conteng-conteng buku saya kerap lukis klef trebel, sampaikan alas meja, buku nota malah pakai inai kat tangan pun pilih design klef trebel.