Rabu, September 11, 2019

Resepi Overnight Oat - Epal Hijau dan Merah

Lima enam bulan belakangan ini, overnight oat memang sudah jadi antara pilihan sarapan saya untuk memulakan hari. Tetapi, tidaklah setiap hari. Cuma tiga ke empat hari seminggu. Saya selang-selikan dengan hari sarapan roti atau hidangan lain (kadang-kala teringin nak nasi lemak, nasi kerabu atau roti canai juga untuk sarapan hehehe). Sebab utama saya pilih overnight oat kerana mudah disediakan, sedap dan yang paling penting mengenyangkan.

Kebiasaannya, saya memang akan sediakan overnight oat lebih awal (dalam 4 - 6 botol kecil). Oat dan susu yang sudah disukat dimasukkan ke dalam botol siap-siap dan kemudian simpan di dalam peti dingin beku (freezer). Lama sedikit jangka hayat overnight oat tu. Jika esok hendak makan overnight oat, sebelum tidur saya akan pindahkan satu botol ke peti sejuk. Semasa hendak bersarapan, barulah dikeluarkan dari peti sejuk dan letak buah-buahan sebagai toppings.

Melalui cara ini, 'meal prep' saya jadi lebih senang. Lebih teratur. Saya siapkan untuk beberapa hari punya portion sekaligus. Apabila saya hendak makan, tinggal ambil sahaja.  Selain itu, dapat pastikan kesegaran susu segar yang digunakan. Yelah, satu kotak susu segar akan tahan sekitar 3 - 4 hari sahaja. Lambat guna nanti masam pula susu tu. Jadi, kita bekukan supaya tidak bazir.

Resepi overnight oat gabungan dua jenis epal di bawah antara resepi paling mudah yang menjadi kegemaran saya. Stok epal di rumah memang tidak pernah putus terutamanya epal hijau. Sekali-sekala apabila beli epal merah, saya guna kedua-duanya untuk overnight oat saya. Gabungan rasa masam epal hijau dan manis epal merah memang sedap! 


Sabtu, Ogos 31, 2019

Salam Tiga Satu Lapan | Salam Satu Muharam

Assalamu'alaikum,

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Malam tadi buat countdown merdeka atau tidak? Saya dan keluarga sekadar sambut di rumah sahaja. Tidak ke mana-mana pun. Semalam, menjelang detik 12 tengah malam, saya sibuk berjoging berlari-lari manja cukupkan bilangan steps harian sebelum fitness tracker reset untuk hari baru. Huhuhu sebelah siang dah makan banyak, kenalah gigih exercise lebih sedikit demi membunuh kalori. Lepas tu, teruja intai percikan bunga api dari tingkap rumah. Meriah! Berwarna-warni. Siapalah gerangan tuan punya diri kat kampung saya ni yang ada peruntukan bajet besar untuk bunga api sempena merdeka. Lama juga saya bertenggek dekat tepi tingkap semata-mata nak tengok bunga api sampai habis. 🤣






Selamat beristirahat untuk satu hujung minggu yang panjang. Selepas Hari Kebangsaan, kita akan sambut Maal Hijrah pula. Salam Awal Muharam 1441H. Moga tahun ini lebih baik dan bermakna berbanding tahun-tahun terdahulu. Cepat betul masa berlalu kan? Rasanya baru lagi saya pasang TV untuk tonton siaran langsung acara sambutan 1 Muharam, baca doa awal dan akhir tahun. Dah nak bertukar tahun dah! Mudah-mudahan sisa masa yang ada pada kita akan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Bulan September ini, kita ada tiga hujung minggu yang panjang. Tiga minggu berturut-turut kita cuti hingga Isnin. Seronok kan! Saya sengih-sengih sendiri tengok kalendar. Macam-macam benda plan dalam kepala.


OKlah. Nikmati cuti kalian sebaiknya. Rehat cukup-cukup ya!