Khamis, September 12, 2019

Resepi Air Fryer - Ayam Cajun

Satu lagi variasi hidangan ayam - ayam cajun. Cara hendak buat amatlah mudah. Hanya perlu dapatkan rempah cajun di pasaran. Dahulu saya biasa beli rempah cajun keluaran Tesco. Harganya lebih mudah berbanding rempah jenama lain. Tetapi, memandangkan yang keluaran Tesco ini mengandungi gula dan maltodextrin (gula juga), saya beralih ke jenama yang lain.  Maaf, tak ingat nama. 

Saya suka kepelbagaian rasa dalam masakan. Cuma sekarang, saya sedaya upaya cuba kurangkan kandungan gula dalam penyediaan makanan termasuklah di dalam rempah, sos atau perasa yang lain. Jangan pula pening kepala ingat rempah cajun Tesco tidak boleh guna ya. Sebenarnya, tidak kisahlah jenama apa, asal ada rempah cajun, dah boleh masak ayam ini.


Beginilah rupanya ayam cajun saya.


Resepi Ayam Cajun

Rabu, September 11, 2019

Resepi Overnight Oat - Epal Hijau dan Merah

Lima enam bulan belakangan ini, overnight oat memang sudah jadi antara pilihan sarapan saya untuk memulakan hari. Tetapi, tidaklah setiap hari. Cuma tiga ke empat hari seminggu. Saya selang-selikan dengan hari sarapan roti atau hidangan lain (kadang-kala teringin nak nasi lemak, nasi kerabu atau roti canai juga untuk sarapan hehehe). Sebab utama saya pilih overnight oat kerana mudah disediakan, sedap dan yang paling penting mengenyangkan.

Kebiasaannya, saya memang akan sediakan overnight oat lebih awal (dalam 4 - 6 botol kecil). Oat dan susu yang sudah disukat dimasukkan ke dalam botol siap-siap dan kemudian simpan di dalam peti dingin beku (freezer). Lama sedikit jangka hayat overnight oat tu. Jika esok hendak makan overnight oat, sebelum tidur saya akan pindahkan satu botol ke peti sejuk. Semasa hendak bersarapan, barulah dikeluarkan dari peti sejuk dan letak buah-buahan sebagai toppings.

Melalui cara ini, 'meal prep' saya jadi lebih senang. Lebih teratur. Saya siapkan untuk beberapa hari punya portion sekaligus. Apabila saya hendak makan, tinggal ambil sahaja.  Selain itu, dapat pastikan kesegaran susu segar yang digunakan. Yelah, satu kotak susu segar akan tahan sekitar 3 - 4 hari sahaja. Lambat guna nanti masam pula susu tu. Jadi, kita bekukan supaya tidak bazir.

Resepi overnight oat gabungan dua jenis epal di bawah antara resepi paling mudah yang menjadi kegemaran saya. Stok epal di rumah memang tidak pernah putus terutamanya epal hijau. Sekali-sekala apabila beli epal merah, saya guna kedua-duanya untuk overnight oat saya. Gabungan rasa masam epal hijau dan manis epal merah memang sedap!