Isnin, Oktober 07, 2019

Kacang Kuda untuk Kunyah-kunyah

Assalamualaikum semua. 
Selamat sejahtera. 
Moga hari ini kalian baik-baik sahaja.

Ini entri pertama saya untuk bulan sepuluh. Seperti biasalah, harap dapat konsisten tulis entri blog. Tetapi, ada sahaja kekangan. Baru sekarang sempat jengah blog balik.

Siapa di sini suka makan kacang kuda rebus? Well, chickpea is my favourite. Boleh kata apa sahaja hidangan yang ada kacang kuda, saya akan suka apatah lagi kacang kuda rebus.

Dahulu semasa kecil, Cekebon hantar kuih untuk dijual di kantin sekolah. Selain daripada kuih udang, Cekebon akan buat kacang kuda rebus dan bungkus dalam pek kecil-kecil. Dalam pada Cekebon sibuk membungkus kacang kuda, saya tolong bungkus masuk perut. 😜

Sekarang ini, stok kacang kuda memang sentiasa ada di rumah. Senang sebab apabila gigi ni gatal dan rasa nak mengunyah, bolehlah rebus kacang kuda untuk dijadikan snek. Selain itu, saya suka guna kacang kuda untuk letak dalam salad, buat inti sandwic dan falafel. Uishhh, sebut pasal falafel, terus rasa air liur meleleh! 

Kacang kuda rebus sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada menu harian (snek atara meal) kerana kandungan glisemiknya rendah dan mengenyangkan. Jadi, tidaklah kita akan craving makan yang bukan-bukan.

Bagi yang eat clean, kacang kuda rebus seeloknya dinikmati begitu sahaja. Rebus kosong hingga kacang empuk tanpa garam atau sebarang perasa tambahan. Portion untuk sekali makan agak-agaklah dalam segenggam. 

Kacang kuda rebus saya dan Bott. Yang ini, saya kukus kacang bersama daun kari. Wangi je aromanya.

Isnin, September 30, 2019

Tips Memilih Avokado dengan Betul

Dahulu saya pernah tulis entri mengenai cara-cara memilih buah avokado. Bagaimana kita hendak beli buah avokado yang sesuai dengan melihat warna kulitnya, rasa tekstur buah ... yang mana satu sedang elok dan boleh dimakan terus atau jika ingin dijadikan stok, keadaan buah macam mana yang boleh disimpan selama beberapa hari. 

Lihat entri berkenaan di sini.



Hari ini saya kongsi tips tambahan untuk memilih avokado. Yang pertama ini, lebih kurang sama seperti dalam entri saya di atas cuma melalui gambar ini ditunjukkan sekali isi avokado setelah dipotong sebagai panduan untuk kita.

Kredit