Rabu, Mei 12, 2021

Kemas-kemas Raya

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam baru sahaja kita mula berpuasa. Tahu-tahu esok dah nak raya! Bagaimanakah persiapan raya kalian setakat ini? Semua dah selesai?

Saya tahun ini persiapan ala kadar sahaja. Memang dah pasang tekad tidak mahu membazir. Apa yang penting, semangat raya tu kena berkobar-kobar dalam dada. Meskipun tahun ini kita beraya bukan dalam situasi yang kita ingini, jangan jadikan alasan untuk kita tidak menyambut Syawal pula.

Semalam, seharian saya dan Bott mengemas rumah. Ganti langsir, bersihkan debu, lap cermin, tukar susun atur perabot biar nampak segar sempena lebaran. Ada yang masih sibuk mengemas hari ini?

Saya ingin kongsi beberapa tips menarik yang mungkin berguna buat kalian yang sedang mengemas tu.


1. Buat DIY Febreze.

Inginkan ruang yang sentiasa segar dan wangi? Apa kata cuba buat DIY Febreeze yang hanya menggunakan tiga bahan ini. Semburkan ke permaidani, sofa dan langsir biar ruang sekitar tidak berkepam. 

Selasa, Mei 11, 2021

Pekasam Telur Sotong

Assalamualaikum, semua. Apa khabar hari ini? Sebelum tu, saya hendak minta maaf andai sudah lama tidak ‘muncul’ di blog kalian. Sebenarnya, dah semangat dah datang berkunjung baca entri-entri kawan-kawan. Tetapi, ada isu teknikal sedikit semasa hendak tinggal komen di sesetengah blog. Putus angin juga dibuatnya. Insya-Allah, nanti masalah ni selesai, saya datang serbu semula ya 😅

Kalian biasa makan telur sotong tak? Secara jujurnya, saya tidak pandai makan atau masak menu menggunakan telur sotong. Selalu jika ke pasar tani untuk mencari telur ikan, telur sotong yang dijual di situ saya kerling sahaja. Tak reti makan kan ... buat tak heran jelah.

Apabila ada yang memberi telur sotong, memang mati akal saya tak tahu hendak buat apa. Tapi, tetap terima dengan hati gembira. Rezeki usah ditolak! Banyaklah juga dapat. Satu bekas penuh container yang kita guna untuk tapau nasi bungkus tu. Dalam kepala dah terbayang ... mungkin boleh buat gulai lemak cili api telur sotong. 

Tiba-tiba si Bott saran buat pekasam telur sotong. Dia sibuk galur feed di IG, terliur nampak orang pos gambar ikan pekasam. Saya dengar pekasam je terus kecur air liur. Okey, mari kita pekasamkan!

Bermulalah proses kaji selidik kami menggunakan khidmat Google cari cara-cara hendak buat pekasam telur sotong. Gigih kami rendam dalam air garam, sangai beras, kisar beras hehehe

Dipendekkan cerita, kurang lebih seminggu kemudian ...