Ahad, 14 Jun 2009

Get Well Soon, My Friends.


Hari Sabtu aku diakhiri dengan panggilan telefon oleh Sally. Hampir tak cam suara minah ni sebab dia batuk + selesema + demam. Ramai sangat orang tak sihat sekarang ni. Mungkin salah satu faktornya cuaca :) Dua hari lepas, kenit ketot demam. Lama tak masuk FB. Sekarang ni, Huda SA pulak tengah flu.

Tiba - tiba teringat pulak dekat Zura, kawan aku yang dah cuti dua minggu sebab kena bertih@cacar. Nasib baiklah teknologi sekarang membolehkan Zura berhubung dengan dunia luar. Kalau tak, aku rasa mungkin kawan aku yang seorang ni boleh lupa cara nak bercakap sebab berminggu - minggu terperuk dalam rumah. Selamat kembali ke Kuala Lumpur Zura.

Taufik pun sakit. Tapi sakit cari sendiri! Main tenis gaya persis ahli sukan tersohor. Salah gaya, seluruh badan mencium bumi. Semoga MC tiga hari kau tu dimanfaatkan sebaik - baiknya untuk rehat dan rawat 'luka - luka kemalangan' :D

To all my friends, aku doakan kalian cepat sembuh. Hadaplah penyakit ni dengan tenang, dengan senyuman (walaupun aku tahu korang tak larat). Ustaz Amin (Ustaz aku masa Sekolah Kepong dulu) selalu pesan : "Kita diuiji dengan sakit sebab Allah nak tinggikan darjat kita sebagai manusia di samping menghapuskan dosa - dosa kecil". Chewah, mesti Ustaz Amin bangga dengan aku!


11 ulasan:

  1. Dear,..teringin nak makan cekodok ikan bilis + jagung u la....

    BalasPadam
  2. setuju dengan kata-kata ustaz Amin tu

    BalasPadam
  3. Kalu lama terperuk kat umah mmg tumpul skit bercakap... Ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beyul-betul..sebab tak jumpa dunia hahaha

      Padam
    2. SS pernah terperuk kat umah... MC lebih sebulan tahun 2007 dan sekali lagi MC sebulan tahun 2013...

      Padam
    3. Yg MC tahun 2013 tu sebab SS patah kaki kan? Yg dagu berjahit sekali tu,...Alhamdulillah, SS dah sembuh sepenuhnya :)

      Padam
  4. Kata2 Ustaz Amin tu terbaik... Peringatan untuk diri SS sendiri...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...