728 x 90

Khamis, 26 November 2009

Tahniah, Adnin!

Keputusan UPSR dahpun diumumkan Khamis lepas. Alhamdulillah, gembira lihat reaksi anak-anak yang berjaya dapat keputusan cemerlang. Tahniah buat Nana, Zikri dan Hassan atas pencapaian kalian. Saat ini kalian tahu 'susah payah' kalian berbaloi dan membuahkan hasil :)

Dalam pada itu, aku rasa ucapan tahniah yang khusus patut diberikan kepada Nur Adnin Abd Wahab@Ninin. Walaupun Adnin tidak mendapat 5A, tetapi aku benar-benar bangga dengan keputusan peperiksaan Adnin. Mengapa? Baca nota yang aku tulis di Facebook mengenai 'anak didikku' yang seorang ini.

Pagi aku hari ni diisi dengan membaca coretan Azatul Husni mengenai adiknya, Adnin. Adnin@Ninin merupakan salah seorang student aku yang memerlukan perhatian khusus baik dari segi pembelajaran mahupun dalam mengatur kehidupan hariannya. Kendatipun baru sahaja berusia 12 tahun, Ninin sudah didiagnos dengan 3 penyakit; disleksia, hyper-active + tyroid.

Malangnya, umum kurang pededahan terhadap penyakit-penyakit yang Ninin hadapi ni. Disleksia (sebenarnya bukan penyakit) tetapi lebih kepada gangguan pembelajaran yang membuatkan murid sukar membaca, menulis, mengeja dan mengira sedangkan daya pemikiran mereka normal.

ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) pula membuatkan Ninin hyper sepanjang hari. Bukan itu sahaja, kurang tumpuan@fokus, pelupa, gagal mendengar arahan dengan baik, suka hilang barang & gagal menyiapkan tugasan yang diberi antara tanda2 ADHD.

Tidak cukup dengan itu, Adnin disahkan pesakit tyroid. Ada benjolan demi benjolan yang tumbuh pada lehernya. Degupan jantung laju + suhu badan panas. Dengan ada disleksia kawalan motor & pergerakan Ninin sudah lemah, tyroid pula akan membuatkan si kecil menggeletar. Dengan disleksia dia sudah cukup penat + hilang fokus, ADHD pula jadikan dia pelupa. Bayangkan diri kita sendiri berada di tempat Ninin, mampukah kita nak hadap kehidupan ini hari-hari?

Ini masalah kita sebenarnya. Kita kurang peka. Kurang prihatin. Ramai yang terus menghukum. Murid@pelajar terus dilabel bodoh, bebal, sebal, sengal dan macam-macam istilah lain sedangkan mereka sebenarnya hanya ada gangguan pembelajaran & mendambakan perhatian daripada kita :) Maaf, tetapi sebetulnya di luar sana masih ramai guru-guru dan ibu bapa yang tidak tahu wujudnya pelbagai masalah pembelajaran seperti lembam dan disleksia. Malah ada segelintir ibu bapa yang naik angin apabila disarankan agar anak mereka ini diperiksa oleh doktor. "Anak saya tidak sakit!!!" Sama ada mereka benar-benar jahil atau cuba manifestasikan satu bentuk penafian, hanya Tuhan yang tahu. Mujurlah sekarang, ada usaha untuk memartabatkan pendidikan khas (kelas untuk murid-murid & para pelajar yang berdepan dengan masalah pembelajaran). Sekurang-kurangnya terpelihara hak mereka.

Baca catatan Azatul di bawah ini. Tumpukan pada bahagian Ninin semasa menduduki peperiksaan UPSR. Nilai sendiri betapa ceteknya pemikiran masyarakat kita. Walau sudah diberi mandat untuk membacakan soalan pada murid (kemudahan ini memang disediakan untuk murid&pelajar disleksia) insan berkenaan boleh bersikap sedemikian.

***CATATAN AZA MULA

ninin @ nur adnin ab wahab


Today at 10:11am

ninin ni adik bongsu aza. ramai yg kata muka kami iras bangat (dlm ramai2 adikku).. sbgai ank bongsu yg punyai abg2 & kakak2 yg ramai. ninin ni sgt lah manja...

dr kecik dia sgt hyperactive. sgt kurus, x suka mkn, mudah sakit kepala, demam dan seb.. tp bijak + petah bercakap..

dr kecik mempunyai benjolan di leher yg kami sangkakan tanda lahir.. tp, makin ninin membesar. benda tu tu pun makin membesar sampai lah ninin mengadu sakit sgt dgn mak.

ninin pun dirujuk ke pakar di Pantai Hospital. so, darjah satu tu ninin ke buang benda dkt keher dia tu lepas dr kata tu tyroid.

then darjah dua. benda tu tumbuh balik. ditempat yg sama. kali ni dr kata nak keta bedah balik. tp, mak kata nak usaha cara lain dulu.

mulai saat tu.. mcm2 la yg ninin pun kena makan. asalkan org kata baik utk dia. mak pun beli.

tp, benda tu makin besar dan byk dileher ninin.

selain tu, dlm adik beradik ninin yg paling slow belajar. dulu kesian dia. asyik kena marah je. sampaikan dkt sekolah ninn kena masuk kelas pemulihan.

semua cikgu sekolah x larat dgn dia. plus ada kata dia bodoh...

dan dr situ ninin rasa diri dia x guna, bodoh dan sebagainya...

mak pun berkorban. stop keje outstation. tumpu dkt ninin.

mcm2 cara mak buat utk ajar ninin. sampailah ninin pandai mengeja,membaca dan menulis. masa tu aza rasa nin dah darjah dua.

walaupun ninin dah pandai menulis. tapi tulisan ninin semua TERBALIK..
jawapan dia betul. tapi hurufnya terbalik..

setiap kali exam. dia hilang markah hanya kerana itu.

berkali2 ninin diingatkan. "salah ni nin. terbalik ni." tapi, perkara tu terus berlanjutan.

hinggalah ninin darjah 6.

mak amik keptusan nak bwk ninin ke pakar di SJmC.

tapi bkn kerana masalah pembelajaran dia.

dr ni utk tyroid ninin..

masa jumpa dr tu lah.. dia syak ninin ada masalah otak dan sebagainya...

mak masa ni dah nangis jer...

then lepas tu bermula lah doktor pun check ninin.

x silap aza ada 4-5 pakar yg check ninin. ninin kena buat MRI, amik darah, puasa, amik test, borak2 dgn doktor sambil doktor lain tgk dr tempat lain dan mcm2 lagi test yang berlainan...

masa ni, ninin lembik sampai demam-demam..

dan keptusannya.. doktor sahkan ninin ada ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) + DYSLEXIA.
dan yang paling teruk dyslexia dia la....

tulisan terbalik, masalah pembelajaran tu semua antara simptom nyer...

symptons of dysexia
I want to share the symptoms of dyslexia some of these are-

1. Phonological Processing Skills that means that they will have problem in breaking words down into their component sounds and then understanding their meaning.

2.Weak working memory or short term memory.

3.Poor spelling

4.Frequent re-reading, losing the place when reading

5.They have difficulty in sequencing thoughts clearly while expressing them.

6.Difficulty in understanding written material

7. difficulties with spelling

8. confusion over left and right

9. writing letters or numbers backwards

10. difficulties with maths

11. difficulties with organizing themselves

12. difficulty following 2- or 3-step instructions........

dan dia disahkan kanak-kanak istimewa @ OKU. so, dalam masa setahun ni. kami semua cuba utk memahami masalah ninin ni..

dan dgn bantuan sahabat kesayangan @ teacher kesayangan ninin ~ cik farah aida fahmy.. farah telah bersetuju utk dtg ke rumah bg home tuisyen dkt ninin.

dan ninin pun mak hantar ke persatuan dyslexia di tasik titiwangsa..

semua ni dibuat utk bantu ninin & bantu kami utk bantu ninin...

........................

disebabkan UPSR makin hampir. mak buat keptusan utk tidak pindahkan ninin ke sekolah khas (sekolah biasa yg sediakan kelas khas utk budak2 mcm ninin neh..)

ninin teruskan di sekolah biasa.

mak jumpa cikgu ninin disekolah. minta bantuan dan terangkan masalah ninin.

mak buat surat dan uruskan dgn pejabat pendidiakn daerah utk UPSR ninin..

tp, SAYANG...

akibat sikap KURANG PERIHATIN, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, KURANG AJAR pendidik2 di sekolah ninin...

byk perkara TIDAK SEPATUTNYA berlaku..

ADAKAH SEORANG PENDIDIK BERSIKAP BEGINI??

1. perli-perli anak murid ~ kata anak murid pura-pura jadi bodoh.

2. septutnya ninin ada pengawas (cikgu) yg bacakan soalan utk dia masa exam UPSR.
pengawas tu ada.. tp tahu dia ckp apa dkt ninin.. "awk kan pandai baca. bacalah sendiri!!"
so, ninin mmg xde cikgu yg bacakan soalan utk dia masa exam.
menangis2 dia balik umah.. "mak, cikgu ckp...... ninin x faham mak."

3. siap ada sorang cikgu ajak ninin berdebat tentang DYslexia ni. B*****H la cikgu tu.
umur beza berapa dgn budak kecik ni??? siap suruh mak dtg umah dia nak buktikan ninin bkn DYSLEXIA.

........................................................

so, kami decide. sekolah menengah ni. ninin masuk la sekolah menegah yg ada Kelas pendidikan khas.
x pelah jauh sikit dr umah pun.

alhamdulillah, dr maklumat cik farah. insya Allah, sekolah menegah ninin g sek men bukit rahman putra.

..............................

wat masa ni, ninin masih berulang jumpa 4 org doktor pakar dia tu. dan insya Allah, akhir tahun ni.. ninin akan dibedah utk kali ke 2..

utk ninin,
mak, along, abg yap, abg mir, kak ct, abg fuad, kak yah, abg afiq, kak ifah.. semua syg sgt dkt ninin. ninin budak yg hebat dan bijak. ada org lagi teruk dr ninin. so, feel grateful.
jgn degil. elak buat perkara yg boleh buat ninin lagi sakit.

mcm kata dr ta'ayah. UPSR dah lepas. kita tumpukan persediaan ninin nak masuk sek. menengah..

utk farah & ida.. Allah je balas jasa kalian...


***CATATAN AZA BERAKHIR

Kesimpulannya, jika anak-anak kita kelak ada masalah sebegini,...mereka sebenarnya bukan bodoh, THEY'RE NOT STUPID,...cuma kita yang terlepas pandang masalah mereka.
This is Adnin.
Adnin berjaya dapat 2A, 1B dan 2C. Bagi aku, Adnin sudah buktikan sesuatu untuk dirinya. Malah keputusan Adnin jauh lebih baik jika dibandingkan dengan segelintir murid (yang sihat & tidak didiagnos dengan sebarang penyakit) yang hanya dapat 1 A. Ada juga yang dapat D untuk satu-satu subjek. Tahniah, sayang! Nanti kita jumpa, kakak belanja favourite cookies Adnin ye.

1 ulasan:

  1. teacher, aza pun nak jugak cookiess????? huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...