Isnin, 28 Disember 2009

Setem Malaya

Petang semalam, aku dengan Angah pergi balik rumah ambil barang-barang Angah yang tertinggal kat sana. Sambil tu kitorang pun kemaskanlah barang-barang lama yang tak digunakan lagi supaya senang boleh dispose. Tengah kemas buku-buku lama, aku terjumpa balik album setem aku. Heheh aku ni pengumpul setem rupanya masa kecil-kecil dulu. Macam mana boleh lupa pulak ni?!

Hobi ni aku 'warisi' daripada pak cik aku. Masa tu baru kenal erti 'hobi'. Sibuk nak ada hobi sendiri. Kebetulan pak cik aku dah tak minat kumpul setem lagi. So, ibu pun suruhlah aku belajar kumpul setem. Banyak juga setem-setem menarik yang aku dapat tanpa perlu bersusah payah. Kiranya walaupun masa tu aku baru Darjah 3, aku dah ada 2 album setem besar. 1 untuk setem-setem dalam negeri, 1 lagi untuk setem-setem luar negara. Punyalah excited, lupa kejap apa tujuan asal aku ke sana. Last-last, berpeluh-peluh Angah seorang punggah buku! Aku sengih belek album setem saja :)

Jangan main-main,..ada antara setem-setem ni yang dah ada dalam album ni bertahun-tahun sebelum aku lahir! Contohnya setem Malaya. Nak tengok?


Di bawah ni pula koleksi setem Malaysia dalam pelbagai bentuk :)

Lepas ni kena beli album setem barulah. Abum-album lama ni dah uzur benar :)

9 ulasan:

  1. aku rasa mcm aku ada je koleksi setem2 lama tu..tapi mana aku letak ek album tu? aisey...hahha

    BalasPadam
  2. Jerman punye nak?!saya ade.berlambak!!

    BalasPadam
  3. wei aq pon ade gak kumpul setem nie..heee aq rase nk jual jer..huhu mne thu harga mahal ke..heeee

    BalasPadam
  4. SUME SETEM LAMA KAT ATAS TU AKU PON ADA..KALU HARGA MAHAL AKU PON NAK JUAL.. SAPE BOLIH LETAK HARGA HA!

    BalasPadam
  5. AKU ADA BANYAK SETEM MALAYA..KALAU ADA HARGA PATUT BOLIH JUAL..ADA YANG MINAT ?

    BalasPadam
  6. Setem dulu2 lebih menarik kan...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...