Jumaat, 26 Ogos 2011

Ensiklopedia Solat

Well, sebenarnya ini note yang aku post di fb pada awal Ramadhan. Saja je nak kongsikan semula di sini :)


Salam Ramadhan buat semua. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik untuk 1 Ramadhan hinggalah ke akhir bulan. Menyambut 1 Ramadhan di Kuang bersama ibu, Angah & Dah, aku sengaja ambil cuti. So, sepanjang hari ni aku rehat santai di Kuang.

Tengah rehat-rehat sekejap lepas Zuhur, ibu called dengan satu berita gembira. SenaskhahEnsiklopedia Solat terbitan Telaga Biru Sdn Bhd sedang menunggu aku! Weeeeeee!!! Dapat ensiklopedia?! Aku dan Dah baru sahaja berkira-kira nak pergi cari ensiklopedia ni dekat MPH ke Popular ke hujung minggu nanti. Alih-alih dah ada kat rumah Ibu! Dapat tahu tentang ensiklopedia ni melalui rancangan Tanyalah Ustaz (ini memang rancangan wajib tonton ibu pagi-pagi). Minggu lepas, Ustaz Zahazan dalam membicarakan topik solat, perkenalkan Ensiklopedia Solat sebagai rujukan. So, dalam dua tiga hari ni, itulah buah bicara aku dengan ibu.

Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan. Kawan ibu, Cikgu Jugirah datang jenguk ibu hari ni dan sambil borak terkeluarlah cerita ibu nak cari Ensiklopedia Solat. Rezeki Ramadhan untuk ibu, Wak Ju dengan senang hati hadiahkan senaskhah pada ibu kerana kebetulan seorang ustazah di sekolah tempat ibu mengajar (sebelum bersara) memang jual buku-buku agama termasuklah ensiklopedia ni. Dipendekkan cerita, sebab ibu dah dapat senaskhah, ibu belikan senaskhah untuk aku :) Syukur, rezeki Ramadhan untuk aku pula :)


OK, mari aku kongsikan tentang ensiklopedia ni. Bagi aku naskhah ni sangat lengkap. Bukan sekadar buku panduan solat yang biasa kita lihat. Ensiklopedia ini lebih lengkap sebab merangkumi isu-isu fiqah, falsafah, sejarah dan fakta saintifik yang berkaitan dengan solat. Apa yang lebih menarik tentang ensiklopedia ini:
  • Dilengkapi dengan ilustrasi yang jelas untuk membantu pemahaman kita. Kandungan dalam ensiklopedia ini dipersembahkan dalam bentuk dan susunan yang menarik - ada gambar rajah, foto, peta minda dan jadual. Fontnya pun mudah dibaca.

  • Fakta-fakta yang jelas dan terperinci - kita didedahkan dengan fakta-fakta hukum dan sains sekaligus :) 

  • Huraian & keterangan yang mudah untuk kita faham. Setiap satu topik dihuraikan dengan tepat dan terperinci  - sesuai untuk semua golongan termasuklah anak-anak.

  • Bukunya berkualiti, berkulit tebal dan sesuai untuk dijadikan koleksi rujukan keluarga. 



  • Aku masih lagi excited tengah belek-belek ensiklopedia ini. So, aku tulislah note ni untuk sebar-sebarkan pada kalian. Benda baik macam ni elok dikongsi sama-sama. Nak belikan sorang satu, aku tak mampu,... jadi kongsi info jadilah kan? Trust me, ensiklopedia ini memang sangat - sangat berbaloi untuk dimiliki! Kadang-kadang banyak perkara kecil tentang solat kita terlepas pandang. Tak pun banyak solat sunat yang boleh kita lakukan sehari-hari dengan mudah cuma kita kurang pendedahan mengenainya. Mari ramai-ramai kita beli ensiklopedia ni! Harganya RM100.00 sahaja - sangat berpatutan dengan apa yang kita dapat :) Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. Takpun boleh beli secara online :)

    Oh, bagi orang-orang kampungku, warga Kuang yang berminat nak beli Ensiklopedia Solat (RM100.00), tak payah pening kepala, bolehlah hubungi: 
    • Ustazah Zarina (019-3563898) / Zul (019-4563898)
    *Terima kasih banyak-banyak Ibu atas pemberian berharga ini. Insya Allah, Along akan manfaatkan sebaik-baiknya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
    Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...