Sabtu, 20 Ogos 2011

Juadah Iftar - Ayam Kunyit Cili Api


Haaaa....inilah juadah iftar yang aku sediakan untuk petang semalam. Semalam, berbuka di Kuang dengan ibu dan Angah. Sepanjang hari di sana. Tak ada mood nak masak tapi pada masa yang sama tersangatlah malas nak keluar pergi bazaar. Jadi, usahakan apa yang ada di dapur jelah. Licinnnnnn! Cekengah makan tak pandang kiri kanan! Ibu pulak sampai juling-juling mata tergigit cili api heheh.

Nak resepi? Insya Allah, akan diupload secepat mungkin. Hari ni mata terlebih berat pula :)

Update 23/8/2011

Resepi Ayam Kunyit Cili Api.


  • 1/2 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus/kisar)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat-bulat)
  • 10 - 15 biji cili padi (belah 2)
  • 2 sudu besar cili boh (optional - tak letak pun tak apa)
  • serbuk kunyit
  • garam
  • minyak masak


Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan bawang putih, serbuk kunyit, garam dan cili boh. Kemudian, goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 2-3 sudu minyak yang digunakan untuk goreng ayam tadi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga warnanya keperang-perangan. Masukkan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit, cili padi dan perasakan dengan garam.
  3. Tuangkan ke atas ayam goreng. Sedia untuk dimakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...