Sabtu, 13 Ogos 2011

Resepi Ayam Serai


Bahan-bahan kisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai 
  • 2cm halia
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam/ 1 sudu teh serbuk pati ayam


Bahan-bahan lain:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak untul 'deep fry'


Cara-caranya:
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan yang dikisar selama lebih kurang 1 ke 1 jam setengah.
  2. Masukkan garam ke tepung jagung. Gaul hingga sebati. 
  3. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan garam tadi. (Sekadar salutan nipis. Jangan tebal sangat. Nanti bahagian luar ayam tak jadi crunchy, jadi keras pulak!)
  4. Goreng ayam sehingga masak.

Hidangkan dengan sos cili atau sedap dimakan dengan nasi panas-panas :)

1 ulasan:

  1. resepi ni ekin try buat abg request banyak Kali hihihihi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...