Selasa, 11 Oktober 2011

Tahap Kesihatan Merudum

Dua tiga hari ni, aku kurang sihat. Setelah sekian lama tak kena asthma attack, penyakit ku ini datang menjengah bertanya khabar. Datang berkembar dengan batuk pulak tu. Hehehe mujurlah tak perlu sampai ke hospital untuk dapatkan rawatan. Di samping itu, faktor cuaca yang panas dan kering + habit aku yang makan tak mahu berpantang = ruam-ruam manja (rashes) dek kerana allergic pun datang sama!

Rimasnya!! Dahla bila kena panas ruam-ruam tu jadi gatal. Mulalah jari-jemari ni laju je nak menggaru! Bila dah rimas ni bedak puteri naga ke,... Calamine lotion ke,... semuanya jadi macam dah hilang fungsi. Yelah, otak dah mula serabut (baru Allah uji dengan penyakit sebesar hama - dah mula serabut heheheh)

So, dua tiga hari ni, aku dah macam kuda kena suntik ubat penenang. Semua ubat yang aku makan buat aku pejam mata almost sepanjang hari :) Nampak gayanya, selagi tahap kesihatan aku belum pulih, selagi itulah aku terpaksa declare hari tu hari Ahad - so boleh terus pejam mata dan rehat!

2 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...