NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Isnin, 4 November 2013

Roti Turki Tuna

Since beberapa hari lepas saya beli turkish bread and tak sempat nak makan, hari ini untuk breakfast saya buat 'Roti Turki Tuna'. Ala-ala roti sardin versi turki la :) Saya guna satu tin tuna 'soaked in olive oil', bawang besar, cili merah, cili hijau dan sedikit lada hitam. Mula-mula, saya sapukan permukaan roti tu dengan campuran sos cili dan mayonis. Kemudian, gaul rata semua bahan-bahan tadi, perahkan sedikit air lemon/limau nipis dan perisakan dengan garam. Spread kan tuna ke atas permukaan roti dan dah boleh dimamam!


2 ulasan:

  1. roti turki??..belum penah tengok..boleh simpan dlm esbok ke?

    BalasPadam
  2. Kita pun baru first time cuba. OKlah :) rasanya boleh je simpan dalam fridge atau esbok. Cuma bila nak guna, kita biar kat suhu bilik dulu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...