Jumaat, 11 April 2014

Dapat MyKad Baru,..

Kelmarin, saya ke Kompleks Kerajaan Dalam Negeri, Jalan Duta (berhampiran Publika). Pergi JPN, uruskan penukaran i/c baru sebab cip rosak. Alhamdulillah, semuanya mudah dan lancar. Walaupun bangunan tu penuh sesak dengan orang, di pejabat JPN lengang. Ambil nombor, tunggu dalam 5 minit terus dah kena panggil. Yang seronoknya, kad pengenalan siap dalam masa 24 jam. Esoknya dah boleh ambil! Efisiennya!

Jadi semalam, saya pun pergilah ambil MyKad baru saya. Juga tidak perlu menunggu lama. Ambil nombor dan tunggu di bahagian kaunter serahan. Excited jugalah tengok features kad pengenalan yang baru ni. Gambar ada 2, yang besar berwarna manakala yang kecil, hitam putih. Ada turisan laser pada permukaan hadapan kad. Menurut apa yang saya baca, kad diperbuat daripada bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama. Cip pada MyKad pun sudah diuji ketahanannya. Tidak mudah berkarat atau rosak seperti sebelum ini. Not bad juga ciri-ciri MyKad sekarang :) Sangat sesuai untuk orang yang tidak cermat kurang cermat seperti saya hehehe...

Bagi siapa yang nak tukar i/c atau ada urusan lain di JPN, bolehlah ke kompleks ni. Jabatan Imigresen pun ada dalam bangunan yang sama.

*Gambar pada MyKad membuatkan saya sedar yang semakin saya 'menua' semakin mirip wajah Cekebon (ibu) saya :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...