Isnin, 7 April 2014

Ibu & Fistula (Appointment Pertama Selepas Pembedahan)

Hari ni, 7 April 2014, ibu ada medical appointment di PPUM untuk tengok keadaan AV Fistula yang dibuat pada 19 Februari yang lalu (Baca mengenainya di sini). Syukurlah, semuanya baik-baik aja. Doktor kata fistula di lengan kiri ibu tu dah matang. Sudah boleh digunakan jika perlu. Tetapi, alhamdulillah, setakat ini penyakit ibu belum ke tahap perlu didialisis lagi. Pembedahan ini dibuat sekadar langkah berjaga-jaga kerana mengambil kira history penyakit ibu. Baru-baru ini pergi check-up, bacaan creatinine ibu dah turun. Potassium level pun turun juga. Happy for you, Cekebon!

So, sekarang ibu hanya perlu pantau sendiri tapak fistulanya. Kalau sakit, kena pergi jumpa doktor sebab kemungkinan besar ada blockage. Itu sahaja.

Baca mengenai Tips Penjagaan Fistula di sini.

4 ulasan:

  1. Boleh tny brp kos buat pembedahan fistula tu? Mak saya juga sepatutnya kena buat fistula sbb yg sekarang ni dah rosak...x boleh guna langsung...sebelum ni buat di JB...majoriti doktor di kampung suggestkan mak ke JB...tapi tu la risikonya...langsung x boleh guna...dulu buat 2k...ni nak buat yg baru katanya kena 4k plk....tp ramai juga kawan2 yg ckp...di HUKM, servisnya bagus.....betul ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti berapa kos sebenar. Ibu pesara kerajaan dan OKU. Jadi tidak dikenakan apa-apa caj. Memang benar, kalau fistula rosak kena buat pembedahan semula. Berkenaan HUKM, saya biasa dengar juga melalui kawan2 yang servis di sana bagus. Saya doakan yang terbaik untuk ibu dwi. Insya Allah, jika ada maklumat mengenai kos pembedahan fistula, saya akan maklumkan.

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...