NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 4 April 2014

Printed Tapes untuk Kraf

'Printed Tapes' yang bercorak dan berbagai-bagai warna lebih kurang sama fungsinya dengan 'masking tapes/washi tapes' (baca mengenainya di sini). Tetapi, penggunaan 'masking tapes/washi tapes' lebih meluas dek kerana ciri-ciri pitanya yang mudah dikoyak dengan tangan serta boleh ditanggal dan dilekatkan semula. Mudah didapati di pasaran. Harga berpatutan. Seperti biasa boleh cari di dua kedai kegemaran saya - POPULAR & DAISO.


Kegunaan 'printed tapes':
  • Hias kad ucapan.
  • Hias lembaran scrapbook.
  • Hias alat tulis seperti pensel, pen & buku nota.
  • Hias papan kenyataan.
  • Hias penanda buku.
  • Balut buku dan balut hadiah (guna seperti 'cellotape' biasa).
  • ...dan banyak lagi :) ikut kreativiti masing-masing.

Nanti saya akan kongsikan beberapa hasil kerja kraf kertas saya yang menggunakan 'printed tapes'.

Updated 7 April 2014

Beberapa hasil kraf kertas saya yang menggunakan 'printed tapes'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...