Sabtu, 5 April 2014

PT3 Ganti PMR

Akhir tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa PBSMR dijangka akan menggantikan PMR pada tahun 2014. Terbaru, peperiksaan tersebut kini dipanggil Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 kerana PT3 ini diadakan di peringkat sekolah.

Instrumen yang akan digunakan untuk subjek:-
  • Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris - Ujian bertulis & lisan.
  • Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun - Ujian bertulis sahaja.
  • Geografi dan Sejarah - Projek, Tugasan Bertulis, Ujian Amali, Kajian Lapangan atau Kajian Kes.
Memandangkan PT3 diadakan di peringkat sekolah, maka pihak sekolah sendiri yang akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran yang dijalankan berpandukan panduan peraturan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Harap-harap PT3 ini akan berjaya dilaksanakan. Sekarang ini beban guru sudah berkurang kerana tidak perlu menguruskan PBS, memasukkan data murid dan menyiapkan sistem pemfailan instrumen dan eviden. Tetapi, bersediakah calon PT3 2014? Selama ini mereka disogok dengan idea tidak ada peperiksaan besar yang akan dijalankan. Mereka sudah terbiasa dengan sikap belajar sekadar untuk habiskan topik atau bab tertentu. Habis buat PBS, tidak perlu susah-susah fikir kerana akan belajar topik baru. Tidak perlu ingat topik lama. Apa yang lepas, lepas. Sedangkan PT3 akan turut menguji pelajar apa yang telah dipelajari dalam Tingkatan 1 & 2. Mampukah mereka, dalam masa lebih kurang tujuh bulan ini untuk mencerna semua sukatan Tingkatan 1, 2 & 3?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...