Khamis, 21 Ogos 2014

#MakeupTransformation yang Paling Saya Suka

Hmm,..sekarang ni dah ada fenomena baru menular! Perasan tak di Facebook, Instagram, penuh feed dengan gambar-gambar 'Make Up Transformation'. Alaaa,.. yang diorang buat gambar bersiri kononnya tengah bersiap/apply make up, then tiba-tiba transformed jadi orang lain (selebriti, watak animasi dll). Macam kat Malaysia ni, ada yang buat transformed jadi Che Ta. Kelakarlah juga tengok dia ambil penyapu kononnya tengah nak pasang bulu mata.

Selain tu, 'transformasi' Emma Maembong pun boleh buat kita senak perut ketawa. Tetapi, dalam banyak- banyak 'Make up Transformation' yang saya dah tengok, saya paling suka yang ini,..



Sumber Imej: Imgur


Saya memang tak dapat tahan gelak tengok gambar ni! Ada banyak sebab untuk ketawa dan terus ketawa,..expression muka dia, topi putih, cermin mata hitam sangkut kat dada,...shirt putih tu siap singsing sampai ke bahu! Aduhai,..brother ni berjaya membuktikan yang siapa-siapa pun boleh jadi Brad Pitt. Hehehe!

12 ulasan:

  1. Brother ni mesti dah famous ..gambar dia viral satu Malaysia dah..hahah
    Silap-silap esok lusa jadi pelakon kat TV pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul,..ada kemungkinan besar tuh :)

      Padam
  2. macam muka rahim sepah 2 haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, KM! Patut rasa muka cam familiar tp tak dpt recall siapa.

      Padam
  3. ahahah...JM pun dapat byk message berkenaan makup transformation hi..ehehehe...semua buat kita x tahan nk gelak..yg ni pun best tapi pesal di letaknya lipstik tu..letak krim nak kasi nampak putih leh terima lah hihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lipstick nak bagi bibir nampak seksi kot hihihi

      Padam
  4. ahha... kelakar kan... macam2 la dorang nie... comel lak tue... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, boleh terfikir dek akal nak buat mcm tu,...

      Padam
  5. Hahaha..memang lawak lah mamat ni.
    Kreatif betul idea dia.

    BalasPadam
  6. Mon, dh tgk yg Azwan Ali punya?
    Patut ko yg buat transformation tuhh

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...