728 x 90

Selasa, 16 September 2014

Liebster Award #3 Tagged by Hidayu Ayumie

Seharian tak usik blog. Seperti biasalah, hari cuti,..kononnya nak menjauhkan diri dari komputer :) Liebster Award yang ini saya ditag oleh Hidayu Ayumie, salah seorang blogger yang saya baru kenal. Thanks so much, dik :)

Syarat-syarat :
Mention the person who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 questions asked.
Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your nominate.


Soalan-soalan yang perlu dijawab:

1. Blog korang tentang apa?
Mostly perkara-perkara yang saya minat atau yang saya rasa berbaloi untuk dikongsikan. Ada resepi, kord gitar, entri-entri mengenai kraf kertas dan gardening, sedikit sebanyak tentang life saya, pengalaman saya bersama anak-anak didik,...

2. Siapa pendorong dalam menghasilkan blog korang?
Kawan baik saya, C. Dia rajin baca setiap entri (walaupun tak pernah komen!) and secara tidak langsung galas mandat untuk proof read entri-entri yang saya tulis.

3. Apa pendapat korang tentang kawen muda?
Tak ada masalah. Kahwin muda ke kahwin tua ke,...kalau dah tersurat itu jodoh. Yang penting pasangan tu dah cukup matang untuk mulakan hidup baru bersama :)

4. Pengalaman yang paling memalukan pernah korang alami?
Jatuh terbungkang depan orang ramai. Bukan sekali, bukan dua kali,...banyakkkk kali. Ye, saya memang seorang yang cemerkap huhuhu

5. Bila last korang bersenam?
Setengah jam yang lalu,.. tapi tak sampai 10 minit sebab dah distracted pergi buat benda lain! (Hehehe jawab soalan-soalan ni lah!)

6. Ciri-ciri lelaki/wanita idaman
Tidak ada yang terlalu spesifik. Basically, yang menyenangkan...yang memahami,..yang buat kita rasa selesa apabila bersama dengannya.

7. Lebih suka shopping online dok ngadap laptop or ke mall jalan2 penatkan kaki?
Mall!! Suka jalan-jalan penatkan kaki. Kononnya exercise :)

8. Korang lagi ramai kawan dari sekolah, kolej, tempat kerja or kawan sekampung/setaman?
Kawan-kawan sekampus.

9. Jenis yang banyak mulut atau suka buat hal sendiri?
A bit of both hehehe saya akan banyak mulut dengan orang-orang yang rapat dengan saya. Other than that, saya suka buat hal sendiri.

10. Keluar gathering tapi masing-mading ngadap fon, korang rase?
Lain kali 'gathering' kat Facebook & IG jelah!

11. Pendapat dan kata-kata perangsang or nasihat bagi memajukan blog ni?
Suka dengan tema ungu blog ni. Sedap mata memandang. Paling suka sebab ada entri-entri mengenai kraf untuk saya jamu mata ;) Semoga terus aktif berblogging.  Akak doakan yang terbaik! Rajin-rajin, datanglah jenguk akak di sini lagi ye.


Kali ini saya tag:


Soalan-soalan untuk kalian:
  1. 1 tarikan utama pada blog anda.
  2. 1 karakter kartun kegemaran.
  3. 1 buku yang berjaya memotivasikan anda.
  4. 2 entri tahun ini yang menjadi kegemaran.
  5. 2 orang yang anda akan cari jika perlukan 'teman bicara'.
  6. 2 pulau yang paling ingin anda lawati.
  7. 3 elemen penting dalam blog anda yang paling anda titikberatkan.
  8. 3 perkara yang buatkan anda ingin terus berblogging.
  9. 3 perkara yang anda buat pada masa lapang.
  10. 4 perkara yang boleh buat anda tertekan.
  11. 5 perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas.

25 ulasan:

  1. Akak ni jenis yg simple lah ek? hihi. tengok blog pun dh tahu.

    BalasPadam
  2. Thanks for the tag, tp kalau tak silap libster ni utk followersunder 500 kan? Tak sure Muz boleh join atau tak... Huhu... Tapi utk suka2 boleh je kot, kan... Hihi

    BalasPadam
  3. haha jatuh terbungkang tu takley bla betul. sabo jele. hehe
    selamat pagi kak! pagi-pagi dah senyum sensorang bace entry akk ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh baguslah akak dapat buat nur senyum pagi2.
      selamat petang, dik! how's ur day so far?

      Padam
  4. Terima kasih Kak Farrah sudi tag saya. Saya cuba balas secepat mungkin

    BalasPadam
  5. Ok, ros ditag. hihi... Akan dijawab :) thanx.

    BalasPadam
  6. hahaha... tanya ahkak bila last bersenam? dah tak ingat dahhhh... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ingat tak pa,...badannya 'maintain' kok ;)

      Padam
  7. Baca jawapan akak semua nampak tenang je. Hehe.

    BalasPadam
  8. Farrah...lama x singgah sini :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, JM! Lupa nak bentang carpet merah! Hehehe, thansk, JM. Sudi intai-intai sini.

      Padam
  9. heee tq kak sudi jawab.. terharu jep... hehhehe tp suke ng jawapan akk... sengih2 je bace

    BalasPadam
    Balasan
    1. u r most welcome. thanks tau tag akak :) err,..jangan sengih lebih2 k

      Padam
  10. jatuh terbungkang tu...
    soalan yang Kak Farrah bagi pun boleh tahan.
    Kalah soalan SPM huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Arz. Terbungkang,..dan di kawasan2 sekitar terdapat gegaran kecil huhuh
      Soalan susah ke? Ni lg senang drpd soalan UPSR yg bocor tu tau.

      Padam
  11. Balasan
    1. Hehe clumsy, Shikin :) akak ni kalau orang pesan suruh hati-hati, takut jatuh,...dandan tu jugak akak jatuh!

      Padam
  12. Bagi saya, blog k.Farrah memang best.
    Ada kelainan tersendiri.
    Especially bab kreativiti tu..i like very much.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Shikin! I'm flattered. Tapi blog akak ni biasa-biasa aja. Tidaklah sehebat blog rakan-rakan lain :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...