Rabu, 17 September 2014

Liebster Award #4 Tagged by budak

Hari ni ni masih sibuk dengan kerja editing . Curi masa untuk buat Liebster Award jap. Soalan-soalan daripada budak ni boleh buat saya ketawa sampai semput. Klik sikit kat Hikayat Seorang Budak and say Hi! kat dia ye.


 
SOALAN :

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
Tak boleh nak pilih sebab tak minat bola.

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Warisan - Allahyarham Sudirman Haji Arshad

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Selangor. Ada 9 daerah,

4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
Melaka. Of course, Melaka!

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?

Kajang Pak Malau kajang berlipat, 
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya menumpang lalu.

Pantun ni dari salah sebuah filem Melayu klasik lakonan Allahyarham Nordin Ahmad.

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Stoking dah tentu-tentu jadi basah!

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
Buah cempedak tu belum tentu lagi kepunyaan orang berkenaan. Haa satu lagi, sama ada buah cempedak tu tinggi kat atas pokok atau orang yang nak ambil tu pendek sebab perlu guna galah!

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
[Bunyi cengkerik untuk beberapa minit] Korea. Tapi, kalau cakap mengenai artis yang bawa genre KPOP, kat Indonesia pun banyak! Kan? Kan? Kan? Kalau tak betul, anggap je itu auta imaginasi akak yang tak pandai tengok citer/dengar lagu dari Korea.

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Nggak tau!!

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Hurrmmm blog saya sangat best sebab saya boleh syok sendiri kat sini. Tengoklah nama pun dah perasan best! Blog budak ada 'tower' ke? Heheheh

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Hidung dan telinga sudah mula mengeluarkan asap-asap kecil!

SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Bagi saya budak ni friendly, funny & selamba orangnya :) Got a great sense of humour!
It's great to have you around!


13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
Tidak sama sekali. Niat nak google terbantut sebab line 'menyiput' hehehe

OK, budak! Semoga berpuas hati dengan jawaban-jawaban akak. Take care!


Nota Senyum: Tak dan tag sesiapa sebab dalam otak ni dah penuh dengan perkataan,..jerkah, herdik, tukas, gumam, desis, ujar, pesan, ulas, tingkah...(penangan edit manuskrip!) Setiap kali cuba phrase soalan,...akan keluar pekataan-perkataan lain pulak ;)

Aktiviti blogwalking pun tergendala buat sementara waktu. Nak kejar deadline :)
Have a fabulous day! Jangan lupa senyum.

14 ulasan:

  1. hihi.. kelakar tau soalan dia ..

    BalasPadam
  2. sabar je la jawab soalan dia ni

    BalasPadam
  3. bukan soalan jer kelakar... jawapan pun kelakar jugak... hehehe... :D

    BalasPadam
  4. Eh kak farrah jadi tukang edit manuskrip ke? Or ada buat buku sendiri?

    Btw, tqvm kak sebab sudi curik masa jawab. Jangan lah ketawa sampai semput. Haha. Nak pinjam tower jap kak? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tolong edit manuskrip kawan je, dik :)

      Padam
    2. Hehe..klakar.
      Jawapan no6 (basah) akak tu betul.
      Saya jawab lain.. Hehe..

      Padam
    3. Klu utk soalan2 budak ni Shikin,...semua jawapan OK & betul. Kan budak, kan? Kan?

      Padam
  5. Hahahha. Sempoi betul kak farrah and budak ni. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 buleh dak pakai tagline 'sempoi' cam AC Mizal tu?

      Padam
  6. ahaahhah...jawapan yg kelakar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa tu namanya kelakar-kelakar berapi ;)

      Padam
  7. sabo jelah. kite pun kne jwab soalan budak ni. siap google, hahaha
    eh kak, kite takdo tower, pinjam satu tower.. bnyak betul dekat sidebar tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amik..amik. Silakan! Hahaha, tapi jangan kasi kat budak!

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...