Ahad, 28 September 2014

Liebster Award #6 Tagged by Mass Naim

Selamat Hari Ahad! Semoga kalian semua dapat rehat yang secukupnya. OK. Entri Liebster Award lagi. Sebelum tu, jemputlah terjah blog Mass Naim ni.  Thanks, Mass for tagging me :)


Soalan-soalan daripada Mass:

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
Farrah, 33 tahun, bekerja sendiri, born in KL, raised in Selangor :)

2. Nyatakan 3 tajuk novel yang pernah anda baca.
Dipilih secara rawak ikut tajuk yang terlintas di kepala:
I've Got Your Number - Sophie Kinsella
For All Time - Jude Deveraux
Dear Prince Charming - Donna Kauffman

3. Apa yang anda suka/sering lakukan pada masa lapang??
Saya ada banyakkkk hobi - membaca, berkebun, kumpul setem, dengar lagu, kraf kertas (cardmaking & scrapbooking), main gitar, masak, baking,...jadi, apabila ada masa lapang, saya akan pilih salah satu daripada aktiviti di atas ikut mood. Rasa-rasa tak minat nak buat apa-apa, saya akan pergi 'kacau/annoy' Cekebon, Cekengah atau Bott (bergantung pada siapa yang ada dengan saya pada masa tu).

4. Apa motif utama anda menjadi blogger??
Tak ada motif yang spesifik pun. Saya suka menulis dan berkongsi. In a way, dengan berblogging saya dapat elakkan diri daripada 'blabbering' sorang-sorang heheh. Kian hari kian suka berblogging. Apa yang menyeronokkan, dengan berblogging saya dapat kenal ramai kawan baru! Dan saya dapat bertukar-tukar cerita dengan mereka. Priceless! :)

5. Siapa orang yang pertama dan terakhir yang ada dalam hati anda??
Ehhh?! What makes orang tu yang pertama? Apa yang membuatkan orang tu jadi yang terakhir? Aci tak jawab soalan dengan soalan, Mass?

6. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Selangor. 9 daerah.

7. Apa wishlist anda sepanjang tahun 2014 yang masih belum tercapai??
Ada satu yang masih belum tercapai. Tapi agak private untuk kongsi di sini. Insya Allah, kalau dah tercapai, baru boleh beritahu :)

8. Siapakah yang anda fikirkan di saat ni? Mohon dijawab dengan jujur ya!
Err, Mass lah. Sebab tengah jawab soalan-soalan daripada Mas ni :)

9. Perkara pertama yang anda buat selepas bangun dari tidur?
Tengok jam! Nak tahu pukul berapa sebab saya ni memang tak suka pakai alarm clock. Tak suka terkejut dengar loceng jam heheh.

10. Pandai memasak?? Lauk apa yang paling korang suka masak??
Nak kata pandai tu memang taklah. Bolehlah masak yang simple-simple dan edible. Tak boleh nak point out exactly apa yang saya suka masak sebab selera saya bertukar-tukar. Tapi, kalau lauk, saya memang suka sediakan kerabu.

11. Pendapat anda tentang blog ini?
Saya baru nak berjinak-jinak dengan blog Mass ni. First impression, saya suka tema blognya. Earthy theme. Sejuk mata memandang. Tidak serabut. Selamat membaca coretan-coretan cerianya yang bersahaja.


Selesai! Harap Mass berpuas hati ^_^


Enjoy the rest of your weekend!

Nota Senyum: Going back back to my serene Sunday. Esok baru saya blogwalking, ziarah tetangga.


17 ulasan:

  1. akak!!!! rindu akak Farrah. akak rindu kita tak? hahaha... XP

    jam loceng tu sama! saya tahap menyampah kalau orang tu pasang jam, tapi x reti tutp -.-

    saya prefer novel Lisa Kleypas. hehe. Nora Robert ummi saya. wajib ada novel tu. lain xpe.

    akak Selangor kat ne? saya Shah Alam. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rinduuuuu! Tapi orang tu sibuk exam kan,..akak tak pernah baca Lisa Kleypas. Nora Robert suka gak! Yg dia tulis as JD Robb pun akak layan kdg2. Akak kat Kuang, tapi klu ikut Guthrie memang laju je meluncur ke Shah Alam.

      Padam
  2. rajinnye lah kak farrah kite nie
    ummppsss suke kerabu jugak kak...

    BalasPadam
  3. Bangun tidur je mesti tengok jam. wajib! kot2 terlajak bangun subuh. hahha

    BalasPadam
  4. Cekebon tu mak,kan?
    Cekengah tu, kakak ke?
    Bott tu sape pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe ye...cekebon, mak akak. Cekengah adik akak (coz akak ni Cekelong). Bott tu someone yg nak remain mystery dalam blog akak ni. Enigma la kononnya! Hahaha

      Padam
  5. Alaaaa...nama kucing akak pun saya dah lupa.
    Saya ni short term sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yuri :) ala Shikin...lupa benda kecil atau cinonet tak pe kot...
      Akak ni kadang2 perkara besar pun boleh lupa! Nak buat camner tu?

      Padam
  6. Stuju yang no 4 tu... sama la kiter... :D

    BalasPadam
  7. tengok jam time bangun tidur tu, Ros pun selalu je buat. hihi. bukan ape, taut terbabas kan. hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullll. tang terbabas tu yang bahaya tu :)

      Padam
  8. kak farrah ni mesti terer bermain dgn istilah. hehe. saya nak cuba jugak baca novel BI tapi tak tau nak start dgn apa. sy sekarang suka baca novel alternatif :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak, novel alternatif tu macam buku2 fixi tu ye?

      Padam
  9. bestnya jugak bila kawan2 jawab liebster award ni dapat mengenali secara tak langsung
    Apa?..baru 33 tahun..alamak..u must call me sis JM hahahaah....tapi kalau selesa ngan JM pun boleh gak..baru rasa muda sikit heheheeh

    BalasPadam
  10. Alamakkkk, ye ke, JM? Err,..Sis JM. Kira selama ni saya dah derhaka lah ni. Baru2 ni dapat tau dah derhaka kat Sis Acikidah,..sekarang Sis JM plak. Ni semua kes awet muda lah ni....
    Ampunkan salah silap saya ye,...tapi klu saya panggil JM juga sekali sekala,...anggaplah itu panggilan manja ala2 kak long utk JM ye...

    BalasPadam
  11. ehh akk mesty pandai masak kann, selalu share resipi je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak sama sekali, sayang. Kalau diperhatikan betul2,..resepi yg akak share semua ada perkataan 'mudah', 'ringkas', 'senang', 'simple',...haa apa maknanya tuh? :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...