728 x 90

Khamis, 11 September 2014

One Puppy! Two,..

Ini kesinambungan kisah anak anjing yang datang bertamu ke dewan tuisyen Jumaat lalu. Ingat tak? (Baca mengenainya di sini.)


Hmmm,.. seperti yang saya ceritakan, operasi masukkan anak-anak anjing ke dalam kotak ini turut disaksikan oleh beberapa anak murid cilik saya yang datang awal. Sedari dalam kereta lagi mereka dah tertinjau-tinjau. Pelik melihat saya di luar dewan dengan sebatang penyodok dan kotak.

Sebaik sahaja turun dari kereta,..

"Cikgu buat apa?" Belum sempat saya jelaskan apa-apa, dengan muka teruja si kecil menjerit, "Eh, puppy!"

Kemudian, segera dia menggamit dua lagi temannya yang baru tiba. Si ayah sempat turun dari kenderaan dan bertanyakan saya sama ada saya perlukan bantuan atau tidak.

"Cepat tengok! Dalam kotak ada puppy! Ada puppy!"

"Puppies!" Tiba-tiba salah seorang dari yang berdua tu bersuara. Serius je bunyinya.

"Ingat tak kita belajar,..One puppy! Two puppies!" Bersungguh-sungguh dia menerangkan konsep 'Singular & Plural' (yang telah dipelajari beberapa minggu lepas) sambil menunjuk ke arah anak-anak anjing. Boleh jadi cikgu, nih! Yang kena tegur pula terangguk-angguk. "Yelah,..one kitten, two kittens. One puppy, two puppies." Spontan mereka nyanyikan semula lagu aktiviti untuk topik berkenaan.

Comel tak? Saya dan si ayah hanya bertukar senyuman. Alhamdulillah! Saya seronok bila lihat anak-anak kecil ini terang hati dan dapat apply apa yang telah dipelajari oleh mereka. They are simply adorable!


14 ulasan:

  1. haah, comel. kalo anak buah sy dia pronounce dah tak bunyi malay dah.

    BalasPadam
  2. gelagat anak-anak kecil ni selalu buat kita tersenyum kan..apatah lagi bila berhadapan dengan anak kecil yang cerdik..^_^

    BalasPadam
  3. Then, ape akk buat dgn puppies tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak hantar kat tempat mak anjing tu kumpulkan 4 ekor lagi anak-anak dia :)

      Padam
  4. Haha..ini rupanya sambungan kisah ritu.
    Memang comel, budak pandai!

    BalasPadam
  5. Haha. Pandainyaa mereka ni. Bagus2.

    BalasPadam
  6. budak2 skrang cepat belajar..kekadang lebih bijak dari kita kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, JM. Kadang2 lagi advanced daripada kita :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...