Jumaat, 26 September 2014

The Versatile Blogger Award #2 - Sinuha

Assalamu'alaikum.
Untuk Versatile Blogger Award kali ini, saya ditag oleh Adik Sinuha, our dentist-to-be. Domo arigato, Sinuha san!




Rules:
1) Thank the person who nominated you.
2)Provide a link to the person's blog.
3)Write 7 Facts about yourself.
4)Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.


7 fakta tentang diri saya

~1~
Bekerja sendiri. I'm kind of living one of my childhood dreams untuk punya 'office' di rumah. Tempat kerja saya sekarang hanya lima tapak dari rumah :)

~2~
Sayang akan alam sekitar. Cuba amalkan green lifestyle semampu yang boleh. Bumi ni kan dah tua. Jadi tanggungjawab kita untuk lindunginya dan preserve apa yang patut.

~3~
Suka makan dan cuba something new. Sayalah orangnya yang akan excited dapat oleh-oleh berbentuk makanan. Kalau sesebuah restoran/tempat makan yang biasa saya pergi keluar menu baru, saya pasti akan pilih menu tu. Rasanya sedap ke tidak belakang kira.

Nah, saya jamu kalian dengan 'something new':

~4~
Tak suka exercise! Huhuhu. Macammana nak buat tu? Saya dah ada poster nak motivate diri untuk exercise, dah ada macam-macam workout videos, buku pilates, printed exercises dari Pinterest, tapi,...
Hmmm, kalaulah kalori boleh terbunuh dengan 'usaha-usaha' saya di atas ;)

~5~
Suka tengok TV. Memang sejak kecil suka mengadap TV. Saya selesa buat kerja-kerja saya depan TV. Kadang-kadang, lepas bangun tidur terus je on TV sebab nak bagi ada bunyi satu rumah :)

~6~ 
Alah pada seafood. Tapi itulah yang saya suka makan! Sesekali bila langgar pantang, mulalah tak cukup jari nak menggaru!

~7~
  Tak pandai naik basikal! Hahaha! Dulu-dulu terpaksa buat muka tak malu tumpang adik-adik round keliling taman.


 OK, itu sahaja :)
Selamat Berhujung Minggu!



21 ulasan:

  1. Yang nombor 5 tu sama dengan akak.. Suka bukak tv sebab nak ada bunyi2.. Bila dengar bunyi pelik sikit, intai la jugak.. hehe.. Boleh je bukak radio tapi nak intai apa kat radio tu.. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Kadang2 tu lebih kepada dengar tv. Klu ada yg memancing perhatian, baru intai ;)

      Padam
  2. Hee. Thanks Kak :)
    Samalah.... saya pun Allergic seafood... tp sekarang dah try nak kurangkan walaupun kadang-kadang tewas jugak. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, dik. Akak bila tewas tu, redha jelah ;) ready dgn ubat gatal & penggaru. Janji dah dpt makan :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Bestnya dari segi pengurusan masa, Fiza :)
      Tapi klu tak kerja tak makanlah hihihi

      Padam
  4. haaaa mcm same je kan?.. pagi2 mesti kene bukak tv walaupon tak ade siaran yng menarik... skg ni kalau da xde crte best2 dok ulang la running man yang lepas2.. jnji tv tu terpasang
    ohh terima kasih tag ayu kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, ayu :) tak kisahlah citer apa janji ada bunyi2.

      Padam
  5. suka sangat haaaih yang no 1 no 3 tu.. alangkah indahnya ada tempat kerje sendiri.. impian CT nak bukak cafe hihiks.. tp too risky kalau tak rancang bebetul.. and no 3 yeay sama. makanan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau nak bukak food business, kena ada business plan & backup plan yang mantap.
      Akak doakan satu hari impian CT akan jadi kenyataan. Aminnnn.

      Padam
  6. Seronok baca jawapan akak. Serius kagum dengan akak okay. Nak office kat rumah jugak boleh x? Btw, boleh tny x, akak jd cikgu tusyen ke? Hehe. Saja tanya sebab akak ada student yg comel2 siap bagi teka teki burger-gar haritu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi ofis kat rumah ke ofis kat tempat lain ke sebenarnya sama je, budak. Janji kita enjoy apa kita buat :) Ye, akak cikgu tuisyen cabuk yg ada murid2 otak bergeliga hihihi

      Padam
  7. 3! saya dulu pilih basic je. sejak kawan ajar, saya pun akan pilih something different. sebab lepas ni takut x g makan sana dah. so, kenalah plih lain dari lain kan. hehehe

    BalasPadam
  8. Waahhh..banyak betul rujukan untuk exercise.
    All the best k.Farrah.
    K.Farrah, boleh!!

    BalasPadam
  9. Saya jarang tengok tv.
    Sebab x sempat kot..dok melayan anak-anak kucing comot dalam rumah ni..
    Hehe...anak saya sebenarnye... Tapi, saya suka gelar anak kucing kalau time tu depa comot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tersenyum akak sorang2 mengenangkan 3 hero Shikin time tgh comot ;)

      Padam
  10. best tau naik basikal (ayat saje nak jeleskan akak) hihihi. jangan marah haaa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ayat nak jeleskan akak tu yg tak tahan dgr tu,..

      Padam
  11. tak pandai naik basikal..meh JM ajar ..mudah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishhh,.Takut JM trauma ajar saya hahaha

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...