Isnin, 20 Oktober 2014

October 10 Days Challenge Day 1: 10 Mom's Best Dish



Day 1: 10 Mom's Best Dish

Salam Isnin! Bersemangat nak memulakan challenge ni. 
Sebenarnya saya tak cerewet sangat bab makan. Apa saja yang Cekebon (ibu) saya masak, memang saya akan nikmati dengan berseleranya! Air tangan ibulah katakan hehehe OK, inilah10 hidangan terbaik Cekebon yang saya rasa superb! Tetapi mohon maaf banyak-banyak. Kebanyakannya tak ada gambar untuk disertakan.

#1
Mi Rebus
Mi rebus Cekebon tak sama dengan mi rebus Johor yang glamour tu. Resepinya lebih kepada mi kari, kuah dibuat daripada stok ayam dan rempah kari, taucu, sos tomato dan dipekatkan dengan biskut tawar yang ditumbuk halus. Garnishing - sawi yang dicelur, bawang goreng, tauhu goreng, telur rebus, limau nipis dan cili jeruk.

#2
Ikan Kukus
Kebiasaannya menggunakan ikan siakap, ikan yang telah dibersihkan akan ditabur dengan hirisan halia, bawang putih, bawang merah, cili merah, daun limau, sedikit taucu, serbuk asam boi dan jus limau nipis. Kemudian dikukus sehingga masak.

Yang ini versi ikan patin. Bersedia untuk dikukus.

#3 
Nasi Goreng Wallop
Nasi goreng ini memang tidak ada resepi khusus. Cekebon akan keluarkan lauk yang berbaki dalam peti sejuk dan jadikan sebagai rencah nasi goreng. Ikan, ayam, sambal,..apa sahaja! Kelentung kelentang kelentung kelentang,...dah jadi nasi goreng! Bila tanya nasi goreng apa, Bon? Nasi Goreng Wallop!

#4
Cucur Sukun
Hanya merasa apabila musim sukun berbuah dan ada kenalan ibu yang beri sukun pada kami. Buah sukun didadu kecil dan dimasukkan ke dalam bater cucur. Goreng hingga keperangan. Makan panas-panas!

#5
Bislor
 Biskut + Telur sebenarnya. Saya kalau kurang sihat memang akan mengada-ngada request Cekebon tolong buatkan 'bislor'. Intai resepinya di sini.

#7
Sambal Tumis Ikan Bilis
Ini memang favourite saya. Selalunya Cekebon akan lebihkan bawang merah, ikan bilis dan lebihkan sedikit air asam jawa. Kami suka sambal yang masam-masam sikit. Lebihan sambal saya simpan untuk makan dengan roti. Buat roti kukus sambal atau toast bersambal guna sandwich maker.

#8
Sup Tulang
Seawal pagi Cekebon akan reneh sup tulang untuk juadah makan tengah hari. Bau rempah-rempahnya semerbak satu rumah. Apabila nak dihidangkan, sup tulang akan ditabur dengan hirisan cili api, celery, tomato yang didadu dan bawang goreng. Fuhhhhhhh! Terangkattttt!

#9
Ikan Bawal Masak Masam Manis 
Ikan bawal goreng salut tepung yang disimbah dengan kuah masam manis - kegemaran Cekengah dan Uje.

#10
Cakoi Renang Berirama
Dapat julukan Cakoi Renang Berirama sebab cakoi yang Cekebon buat, tak ada bentuk tetap. Jauh sekali dari rupa cakoi sebenar. Tapi, rasa dan teksturnya sama :) Bila turun resepinya pada saya, lagi haru! Jadi cakoi kuak lentang terus!





35 ulasan:

  1. wahhh.. tgk makanan, lapar... masalah la cam ni.. nanti K. Farah tlg masakkan lah leh.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala shian dia lapar. Meh sini meh....

      Padam
  2. baca ja pon dah boleh buat terliur...

    BalasPadam
  3. yeah, kak Farrah pun dah buat challenge ni :D

    wah, first time dengar nasi goreng wallop dengan bislor tu..... pndai tul pilih nama. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tu omak akak yang bagi nama :)

      Padam
  4. wana tertarik sangat dengan bislor tu kak..macamana rasanya ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lemak-lemak bertelur, pada masa sama ada pedas cili hijau tuh.

      Padam
  5. Bislor tu teringin nak try. hahaha. nk tahu gak rasanya mcm tuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat,Scha. Then kasitau akak, best ke idak...

      Padam
  6. biskut dgn telooo
    unik btl kak farrah
    tak pernah tgk pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tak tau mak akak dpt resepi dr mana Ayu ;)

      Padam
    2. Sedap ke.kak farrah... macam pelik je.. dok tny2 org pon sume kate mcm pelik.. cer kak farrah bg resepi..
      Mane tau leh try2 and error sikit

      Padam
    3. Ambil biskut tawar beberapa keping. Pecah-pecahkan. Hiris bawang besar/merah (ikut citarasa nak banyak mana) Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun/canola/marjerin/butter dalam kuali. Tumiskan bawang hirisan cili hijau (1 ke 2 batang).

      Kemudian, masukkan biskut ke dalam kuali. Pecahkan sebiji telur yang dah dipukul sedikit bersama secubit garam dan lada sulah. Tuangkan ke atas biskut tadi. Kaup balikkan. Biar sekejap sehingga biskut jadi lembut dan telur masak. Then, boleh makan!

      Padam
    4. *Tumiskan bawang dan hirisan cili hijau (1 ke 2 batang)

      Padam
  7. terasa mcm nak mkn bislor pulek... adoii.. tetiba lapa -.-

    BalasPadam
  8. selepas google baru tau apa tu cakoi. cik fafa tau makan ja, nama pun tak tau. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tak apa. Mana tau lepas ni Cik Fafa expert masak cakoi plak :)

      Padam
  9. Kak Farrah ni klakarlah.
    Suka je bagi nama peliks kat semua... Tak kirelah orang ke, kucing, food, gitar..xD

    BalasPadam
  10. Cucur sukun tu mmg fevret sebab lemak2 kan rasa dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Shikin. Rasa lemak-lemak tu yang best!

      Padam
  11. Hahahhaa. Masuk sini macam2 nama makanan yang ada. π_π Supp tulangg tuu. memang sedapp. ><

    BalasPadam
  12. Bislur tu cam menarik...Mula tengok gambar Nad ingat telur hancur...rupanya ada biskutt sekali hehe...
    Boleh try nanti heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut tu Nad, bila dah kena minyak dan telur, jadi lembik. Ala2 makan nestum juga cuma ni rasa kampung hiihihi

      Padam
  13. haaaa tudia nama macam macam. alaa emak kan campak apa pun menjadi. okay bislor itu sangat menggoda..!! CT makan jugak sukun tapi prefer ubi kayu. ikan bawal yes my fav hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubi kayu rebus, mkn dgn ikan masin/ sambal bilis...alamak tetiba teringin!

      Padam
  14. Kak farrah, camne nak buat cakoi? Saya penah cuba tapi gagal. Haha. Sukun buat cucur? Boleh try lain kali sebab selalu goreng mcm pisang je. Rumah sy banyak sukun kalau tiba musim dia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah nanti akak emel resepi cakoi kat budak eh. Haa,..sukun dah start musim skrg kan,..cuba buat cucur pulak.

      Padam
  15. nasib baik tak tunjuk gambar, haha kalau tak mmg kecur lidah perut semua~

    BalasPadam
  16. comelnya nama cekebon..hehe..
    bislor pun comel ja namanya..

    haha..
    dah kenapa semua nak kata comel..hihi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...