728 x 90

Jumaat, 31 Oktober 2014

Resepi Mudah Tauhu Gejrot & Tempe Goreng Berempah

Asyik lupa nak update resepi hidangan simple tapi sedap ni. OK. Jangan lupa cuba ye...



Tauhu Gejrot Istimewa
  • 4 keping tauhu (belah kepada 6 atau 8 bahagian)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • secubit lada sulah
  • secubit garam
  • sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, garam dan sedikit air hingga menjadi bater yang sederhana pekat. Jangan terlalu cair, nanti tak melekat salutannya pada tauhu.
  2. Panaskan minyak. Celupkan potongan tauhu ke dalam bater kemudian goreng hingga kekuningan. Balik-balikkan tauhu semasa menggoreng jika perlu.

Tempe Goreng Berempah
  • 2 - 3 pek tempe
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • secubit garam 
  • minyak secukupnya untuk menggoreng 

Cara Penyediaan:
  1. Potong tempe menjadi hirisan kecil dan nipis. Gaul sekata dengan serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih dan garam.
  2. Goreng hingga masak.

Tauhu gejrot sebenarnya digoreng begitu sahaja dan dimakan dengan kuah kicap yang agak cair teksturnya. Resepi di atas dah diolah semula :) Untuk sediakan kuah - Masak sedikit air, kicap manis, garam, sedikit air asam jawa, potongan cili api, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga mendidih. Setelah siap, masukkan tauhu yang digoreng. Taburkan bawang goreng dan daun bawang kalau nak lebih sedap.

Disebabkan waktu itu saya sediakan tempe goreng berempah sekali untuk Cekebon (baca kisah Cekebon dan Tauhu Khadijah Ibrahim di sini) , saya buat kuah kicap biasa yang lebih pekat. Kicap manis/lemak dikisar dengan beberapa siung bawang putih, cili api dan sedikit perahan jus limau. 

 Terpulang pada citarasa :)


34 ulasan:

  1. sangat simple.. nt bole cuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan...klu rajin cuba buat tauhu gejrot yg version autentik tu. Sedap tau makan tauhu berkuah-kuah :)

      Padam
  2. Sedap ni. Feveret encik suami. nanti boleh cuba. Maksu tak suka sangat tempe, tauhu, makanan yang berasaskan soya ni. Tak tahulah kenapa. Tapi sebabencik suami suka, kenala masak, kenala belajar makan kan? ...lama-lama jadi suka. Bukannya suka sangat...tapi boleh lah nak makan.

    Psstt...tapi protein soya yang shaklee punya tu maksu suka pulak...hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha protien soya Shaklee tu mmg terbaik, MakSu. Er, kat sana senang ke nak cari tempe?

      Padam
  3. Gejrot tu apa kak farrah? Nak kena,suruh wife masak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha akak tak taulah,aRz. Dr dulu kenal dish ni as tauhu gejrot ;)

      Padam
  4. nanti boleh cuba. mak nina suka mkn benda mcm ni :)

    BalasPadam
  5. Oh my tempeeee...
    Mmg fav ni tau kak farrah...
    Skg an asben lak yg gile tempe...
    Padahal dulu kutuk tempe...
    Bt smbal goreng pon sodap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh sambal goreng! Dah terliur huhuhu

      Padam
  6. Balasan
    1. Bukan orang jawa, selera je ngalahkan orang jawa ;)

      Padam
  7. Resepi yang k.Farrah share suma nampak yummy...
    Kalau dapat, sental habis ni.

    BalasPadam
  8. gejrot tu term akak sendiri ke memang hakikat nama dia gejrot? hehe
    kalau mak saya selalu goreng tempe campur garam n gula pastu goreng. memang sodap. kang boleh la try resipi tempe goreng berempah akak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngak ngak. Udah sedari dulu lagi nama hidangannya tahu gejrot!

      *dgn garam dan gula? Aiyyy nak cubalah!

      Padam
  9. i loooove tempe !!! tapi org utara tak reti makan tempe. tak adanya jual kat pasar. jarang sangat nak jumpa. kalo kat bangi bersepah. CT tak suka yang garing. suka yang lembab lembab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, CT mesti suka tempe dalam kuah lontong atau sambal goreng...

      Padam
  10. saya sangat suka tempe! dengan tauhu.. kalau saya balik, tempe tu mesti ada. ummi goreng. dulu masa ambil test lesen memandu komputer, saya dapat jawab test dalam masa 4 minit je. and salah 2. cikgu terkejut, lepas tu ummi cakap kat dia, ni kes makan tempe. budak jadi pandai. hahahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe comelnya ummi Amy. Kemsalam akak kat ummi ye :)

      Padam
  11. sis JM ni pemalas tau bab masak memasak ni..suka mkan tahu goreng tapi goreng biasa je tanpa celup tepung pastu cecah ngan sos cili...mmg sedap lah..nampaknya lepaas nk try resipi ni pulak..pelu buat hari minggu nampaknya..kalau hari keje balik mlm asyik nak mengadap blog je..nasib baik masih bujang kalau dh bersuami mesti terbang piyuk belanga ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa jangan lupa cuba bila berpeluang, kak. Tak apa...time masih single nilah boleh buat rutin ikut kepala sendiri :)

      Padam
  12. tempe goreng gitu memang sedap!

    BalasPadam
  13. Tak makan tauhu. Hihi
    Tempe pun ikut mood.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe makan tempe ikut mood ye...

      Padam
  14. wana minat makan tauhu dan tempe juga..so, wana minta resepi akak ni ya..hihi tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil, dik. Tak perlu minta permission. Memang niat akak nak kongsi :)

      Padam
  15. bibik wak je sukak makan tempe,

    BalasPadam
  16. wak sukak makan taugu goreng jakk.,

    BalasPadam
  17. cecah kicap manis sedappp., hehe2

    BalasPadam
  18. Sedapnya tempe, kalau buat berlada lagi nyummy. Mkn dgn nasi panas. Terangkat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...