Ahad, 23 November 2014

Liebster Award #9 Tagged by Rena Cruzee

Entri Liebster Award di hujung minggu. Kali ini daripada pemilik blog Ada Apa dengan Aku, Cik Rena Cruzee. Thanks ye, Rena. Sesiapa yang belum tahu, inilah Cekengah hehehe. Rajin-rajin, jenguklah dia. Tapi dia tenggelam timbul sikit blogging sebab busyyyy ;)



OK. Sesi jawab soalan bermula!

1. Cerita Hindustan yang anda minati. Mengapa?
Om Shanti Om. Suka semua tentang filem ini. Jalan cerita, pelakon, lagu,...


2. Anda berharap nama anda dapat ditukar kepada.....?
Tak pernah terfikir nak tukar nama, and of course bukan Farrah Fuqandar! (You know what I meant.) Sebenarnya, saya suka nama yang Cekebon & Baba beri - Kegembiraan & Keberuntungan :) OKlah tu!


3. Berapa orang teman rapat anda (bebetul rapat). Namakan.
Betul-betul rapat? Seorang je...namanya di alam maya BOTT.


4. Masih tentang teman rapat anda yang pertama dalam senarai di atas. Apakah 1 sifat positif dan 1 sifat negatif beliau?
Positif - She knows when is the right time to knock some sense into me. Kawan baik saya ni yang akan tegur salah silap, kelemahan dan kelancangan kata/perilaku saya.

Negatif - Tak berapa matanag! Hahahah ni kata-kata daripada orang yang perasan matang :)


5. Namakan 3 sifat buruk anda yang ingin anda tinggalkan.
  • Tak sabar.
  • Suka bertangguh.
  • Terlalu ambil mudah sesetengah perkara yang sepatutnya diambil serius.


6. Pengalaman paling kelakar dalam hidup anda.
Banyakkkk! Couldn't think of any specific one. I am fun & funnnyyyy! (Statement ni khusus untuk Cik Rena je.)


7. Pendapat anda tentang bola.
Bola itu bulat!


8. Perkataan yang anda lafazkan setiap kali anda gembira.
"Saya rasa happy sangat hari ni!!!"


9. Sosial media pilihan anda - FB, Twitter, IG, Pinterest dll. Mengapa?
Pinterest! FB, Twitter semua dah tak aktif dah.


10. 3 Perkara yang anda tidak suka lakukan.
  • Cari barang hilang
  • Kena buat kerja orang lain
  • Kena menunggu


11. Jika anda punyai pintu masa Doraemon, anda mahu kembali ke tahun berapa. Mengapa?
1994 - 1996. Kenapa? Hmmmm, adalah beberapa 'alteration' yang nak dibuat within that period.


OK. Selesai. Seperti biasa, saya terpaksa putuskan chain award ni. Tak terfikir nak buat soalan & tag siapa.

Psstt! Intai Liebster Award yang lain di sini.




45 ulasan:

  1. nama yang sedap dah, maksud pun baik, tak perlu nak tukar2 kan. hehe ^_^

    BalasPadam
  2. 1994 Tu time spm ke time skola rendah? Hehe
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni dah tua, Cik Balqis...time tu dah sekolah menengah dah ;)

      Padam
    2. Ishkk..qis pun tua jgk. Hoho. Ooo..mst kes crush scandal boipren nie eh..hoho..sronok klo tringt kisah lme ;)
      Belog Miss Balqis

      Padam
    3. Kenangan lama mengusik jiwa ;)

      Padam
  3. om shanti om memang best kan..nombor 10 Farrah sama ngan kite..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Tengok banyak kali pun tak pe.
      Oh,..No 10 sama? Sep sikit!

      Padam
    2. x sangka ramai juga mnat om shanti om tu. kawan saya yg x mnat hindustan pun mnat cter tu je. hahaha

      Padam
  4. Nama akak mmg dah cntik..x perlu ubah..wana x sempat tgok om shanti on tu kak Farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke...cubalah tengok one day , Wana. Besttt!

      Padam
  5. yang paling comel tu perkataan yg dilafazkan bila gembira..
    rare bebenor

    NadiaMansor menulis tentang.. : Percaya Sebelum Berjaya

    BalasPadam
  6. pinterest..laman sosial apa tue..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Yeayyyyy! Clap! Clap! Clap!

      Padam
    2. part carik barang hilang tuu memang fuh fuh.. time nak guna la benda tuu hilang kan.. hishh2

      Padam
    3. Memang!!! Time nak gunalah benda tu ghaib! Selalu macam tu...

      Padam
  8. saya tak tahu apa maksud nama saya.. kadang2 rasa nak tukar nama ,tp tak apa..apa2 yg dberi mak ayah tetnu ada maksudnya ..fikir positif ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Be positive! Lagipun keperibadian kita bukan solely terletak pada nama.

      Padam
  9. Rena Cruzee?
    First time saya perasan nama blogger ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. a.k.a Koyeen a.k.a. Cekengah :)
      susah sikit nak perasan keberadaan dia sebab mood berblogging dia pasang surut!

      Padam
    2. Dia blogger suam2 kuku hahaha

      Padam
  10. kalau sis di beri peluang tukar nama ..sis nk tukar ke Jari Manis aahaha...ta kde lah...dah suka nama yg ada skrg....nama Farrah jugak sedap..glamour je bunyi ye..buka nama org kampung hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama saya tu bunyi cam glamour sebab zaman saya lahir, Farrah Fawcett tengah popularrrr! Hihihi. Akak tak yah tukar nama. Nama JM tu dah sinonim bebenar ngan akak ;)

      Padam
  11. 3perkara yng x disukai tu sama dgn saya. Nak2 tang menunggu tu.. Blh berapi dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulll! Akak kalau kena menunggu, macam ada asap kecil keluar ikut telinga & lubang hidung!

      Padam
  12. kecik2 dlu pernah cakap kat abah, bila dah besar nanti nak tukar nama.. then, abah tanya why.. and I've answered that my name tak feymes.. tak dak artis pun nama sama macam Firah.. hehe.. da besar sikit baru boleh pikir... and i love my name even masa sekolah selalu kena ejek.. do I care..?? nama ni banyak membawakkan sapa diri Firah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh masa kecik rasa tak femes eh...sedaplah nama Firah tu :)

      Padam
  13. saya x pernah tgk om shanti om tu. ramai kata best. hehe.
    kak farrah, akak bott tu ada blog x? :)
    moga persahabatan akak kekal sampai keakhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Thanks budak atas doanya.
      Kak Bott tak ada blog. Dia pun enigma macam budak gak sebenarnya :)

      Cubalah tengopk Om Shanti Om tu...

      Padam
  14. i dont want to change my name too but nak tukar the fact yang bukan mak ayah hang kasi nama -_-' dats all hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu ke? Siapa yang bagi? Tapi bagi akak nama tu kena sangat dgn CT :)

      Padam
  15. oh, nama akak Farrah Fuqandar ke? uniknya. saya suka nama unik >.< saya pun xnak tukar nama dah.. biar maintain amelia. hehe.

    saya suka pinterest juga! tapi saya bnayak cari pasal wedding and house. hahahahaha... -.-

    saya sangat pantang tunggu orang!! argh, geram je rasa.. pfft

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tidak!!! Farrah Fuqandar tu nama glamour yg Cekengah cuba nak beri pada akak masa kitorang kecil! I hate the name sampai sentap dan nangis :)

      Padam
  16. Bola itu bulat! haha terus gelak bila baca. hadoyai kak farrah ni, comel je, hehe
    Akak, kenapa taknak pergi tahun 1993? Atau lebih best 3 mei 1993, lepastu pergi rumah kite lepastu cakap 'jumpa lagi 21 tahun eh'. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau akak cakap 'jumpa lagi 21 tahun nanti' rasa macam tak berbaloi sebab 'si baby' tu belum tentu ingat dan faham apa akak cakap kat dia :)

      Padam
  17. Om shanti om mcm pernah dgr.... pasal ape ye... haaa thun 1994 mase ayu umo 4 tahun tu....name kak farrah mmg sedap da... name2 yg diberi tak perlu tuka.. tp mase kecik ade jugak terpikir nk name laen hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah ayu masih have fun main-main..akak dah kena struggle life sekolah menengah...strugglenya ;)

      Padam
  18. Kalau saya ada pintu doraemon, saya mahu kembali zaman kanak agar diri ini tidak merasa sakit,, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, CP. Sakit hari ni untuk kegembiraan esok lusa ;)

      Padam
  19. Pinterest kan sekali dah terlayan tak boleh nak tutup2 dah. Banyak btul interest scha dalam tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, dik. Semua akak nak pin! ;)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...