728 x 90

Sabtu, 28 Februari 2015

Terima Kasih dalam Hati

Ini kisah malam tadi. Semasa kelas Tahun Dua, saya minta mereka baca petikan sebelum cuba jawab soalan yang diberi. Salah seorang murid saya, S, membaca dengan nada suara yang agak kuat sedangkan rakan-rakannya yang lain baca dalam hati. Kebetulan, S baru sahaja menyertai kelas saya awal bulan ini. Masih cuba menyesuaikan diri dengan cara kelas dijalankan. Saya pun tak ada masalah dengan S membaca sedemikian. Cuma rupa-rupanya ada murid cilik lain yang agak terganggu konsentrasinya.

D: S, bisinglah. Saya nak baca jadi tak faham. Baca dalam hatilah! Cikgu,....(mula nak mengadulah ni)
S: Dalam hati? Mana boleh baca dalam hati? (Pada masa ni saya dah mula merapati meja mereka tetapi hanya memerhati.)
D: Boleh je. Kitorang boleh! Awak sorang je baca kuat-kuat!
S: (Sambil memandang ke arah saya dengan muka risau-nak-menangis-takut-kena-hukum) Cikgu, saya tak tahu macam mana nak baca dalam hati....Hati kita ada mulut ke? Boleh ke baca dengan hati?

Saya pun ambil masa terangkan pada S konsep baca dalam hati yang sebenar. Saya jelaskan padanya mengapa dalam keadaan tertentu (seperti ketika menjalani peperiksaan) kita perlu membaca dengan perlahan tanpa mengeluarkan suara. Alhamdulillah, setelah diajar, S faham dan berjaya membaca dalam hati.

Usai kelas, murid-murid cilik akan bersalaman dengan saya sebelum bertebaran lari masuk kenderaan ibu bapa yang menjemput mereka. Tiba giliran S, S pegang tangan dan renung saya lama. Saya hairan.

"Kenapa S?"

Diam. Masih pandang saya. Kemudian, dengan senyuman manis dia beritahu saya,...

"Saya cakap 'terima kasih, cikgu', tetapi dalam hati."


73 ulasan:

  1. ahaahahahah....lawak lah si S ni...masih belum FAHAM tu konsep membaca dalam hati....S ni bukan SS kan Farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu SS yg baca... Bukan takat bingit telinga... Kepala orang pon boleh tanggal!

      Padam
    2. kalau nama ada pangkal S tu..ofcoz lah comei

      Padam
    3. Hihihi S bukan SS. Dia cekeding je. Muka innocent. Takut2 belajar sebab dia tak pernah tuisyen sebelum ni. Comel? SS menang lah ;)

      Padam
    4. SS baca apa sampai kepala leh tanggal? Mantera jampi bomoh Mak Esah ka? ;)

      Padam
    5. ka penangal SS..
      mst comei bdk innocent tu..mcm saya kecik2

      Padam
    6. K.JM, saya bila baca ni pun terus tingat kat SS.

      Padam
    7. agaknya si S tuh versi SS masa kecil agaknya.. hehehe..

      Padam
    8. Hahahah who knows kan...maybe S ni bakal membesar jadi SS :)

      Padam
    9. Adesss... Errrr.... S tu tahu beza 'b' dengan 'd'.... Keh Keh Keh...

      Padam
  2. Salam...
    sungguh mencuit hati kisah si S ni...Bunda pun sedang ketawa dalam hati ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telatah si kecil memang boleh buat kita ketawa kan, Bunda :)

      Padam
  3. dunia cikgu... ohh pengalaman bestt.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anis : waktu sis JM sekolah rendah dulu teringin sangat nak jadi cikgu last2 nya jadi cikgi je

      Padam
    2. Hai Cikgi JM :) saya pulak tak minat langsung jadi cikgu, tiba2 terterjun jadi cikgu tuisyen pulak!

      Padam
    3. Anis - dunia penuh warna-warni. Itu pun akak ni kira cikgu separuh masa je. Cikgu2 kat sekolah tu lagilah,...macam2 ragam diorang hadap saban hari :)

      Padam
    4. cikgi kak JM.. boleh la tu..huhuhu... betul kak farah.. ckgu dekat skolah lg mcm2 hal..budak2 ramai..hihi.. mcm2 ragam..

      Padam
    5. dari kecik nak jadi lain.. besar kena amek cikgu tapi tak jadi2 lagi cikgu..
      life is complicated =P

      Padam
  4. Sebaknya part last tu kak Farrah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Touching kan,...kononnya nak apply apa yg dipelajari lah tu.

      Padam
  5. Saya pon ketawa kekek2 ilai2 dalam hati jugak cikgu! He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hati ja la dgr ketawa SS tu

      Padam
    2. Hati dengan pedal x jauh.. Pedal pon dengar!

      Padam
    3. JM x ada pedal...huhuhu...sian lahh..usus je lah dgr hati gelak riang tu :-)

      Padam
    4. Kalau usus dengar pun ok gak. Usus happy, lancarlah proses o-ok!

      Padam
    5. Tongkeng dengar x Cik Zarul Farhana?

      Padam
    6. hahahah meh bukak lesson anatomy badan!

      Padam
  6. Hahahahah. lawak lah S ni. memang macam tu lah kan kak farrah bila kita ajar budak budak. diorang akan buat apa yang kita cakap ^^

    BalasPadam
  7. Muahhh muahhhh comel laa S...
    bijak sgt budak ni sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak senyum meleret je lepas tu. Kira dia nak tunjuk yg dia pandai buat benda dalam hati lah :)

      Padam
    2. keletah budak-budak ni kadang tak masuk akal pun ye juga...tapi apa pun memang kelakor sangat haha

      Padam
  8. haha..kelakar betul s tu..huhu..tapi comel pula dia buat macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak risau gak mula2 sebab S ni jenis muka macam nak nangis. Apahal pulak budak ni? Rupa2nya ckp thanks dlm hati :)

      Padam
  9. Hahaha..lurus bendul la si S tu.
    Ke SS? Hehe..saje melawak.
    Yang penting bukan Shikin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah2 nama dia pon Shikin... Ha Ha Ha...

      Padam
    2. ntah2 S tu bukan nama sebenar...ye tak Farrah...

      Padam
    3. Hikhik nama dia SA. Pangkal S tu utk Siti. Tapi bukan dik Siti yang Menaip kita tu. CT sekarang dok busy edit blog :)

      Padam
    4. haaaaip apa ni kena seru kat sini ahaha.. Siti Aminah =P ada lagi ke nama Aminah zaman skarang ?

      Padam
  10. Balasan
    1. apa yg bagus nya ZF..sebagus beras JATI ke :-)

      Padam
    2. kn awai tu cikgu ada terangkn..then last class dia ada apply kn.. kiranya dia dh paham kot

      Padam
    3. Paham baca dalam hati tu dah bagus,...dia up sikit untuk apply ke cakap terima kasih dalam hati pulak :)

      Padam
    4. haaaaa itulah yang cuba disampaikan.. dia upgrade lepas ni semua dalam hati..

      Padam
  11. Balasan
    1. Something utk buat saya gelak w/pun masa tu tgh penat :)

      Padam
    2. Yeezzzaa.. memang boleh tergelak pun.. hehe

      Padam
  12. Awat comel sangat S tu tergelak saya hahahah

    BalasPadam
  13. Saya rasa tersentuh bila dia cakap macam tu kat akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Akak pun speechless masa tu, Scha :)

      Padam
    2. hihi sambil merenung.. kenapa ? 'cakap thank you dalam hati..'
      cair aaaaahkak dengar =P

      Padam
  14. s ni jenis yg cepat belajar . selalunya budak2 akan buat perkara begitu ... nice .

    BalasPadam
  15. Pagi2 ni mcm hal jadi.. mulalah nak stress.. tup2 baca story ni, senyum seround.. hehe..
    budak2 mmg sweet sangat.. dia ingat kita blh dengar bila cakap dalam hati.. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah kisah S ni dapat buat Syida senyum seround :) itulah,..dia ingat kita boleh dengar hehehe

      Padam
  16. lawak betul laa.. hehehe..

    BalasPadam
  17. sweet nya si s ni....terharu kite bace.... jujur sgt budaknya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Aisya, touched bila berdepan dengan budak2 sebegini :)

      Padam
  18. hahahha...kelakar si S ni....usaha dia utk praktik kan benda yg di belajar harus dipuji....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul. Itu yang mahal!!! :)

      Padam
  19. alahaiii comelnye lah si S tu kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel sangat! Akak sampai ke hari ni akan senyum sendiri bila ingat2 balik.

      Padam
  20. Comelnye..hehe..Si S masih dalam proses belajar..nanti lama2 pandai le tu...lagi2 belajar dengan Cikgu Farrah :)

    BalasPadam
  21. Comelnya soalan dia. Hati ada mulut ke?

    BalasPadam
  22. kenapa CT rasa S sebenarnya dah ajar something dari last act dia tu.. huurm tapi jap jap..
    tak dapat nak ditafsirkan.. maybe dia nk tnjuk dia dah faham konsep tu tapi huuurm.. kenapa banyak tapi ni..

    pape pun cute saaangat haih.. macam mana nak bace dalam hati.
    lepas ni S main pgg tangan ajelah.. sambil merenung tanda ucapan terima kasih =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...