728 x 90

Khamis, 23 April 2015

Erkatek?

Sebelum kelas bermula malam tadi.
Kelas Bacaan & Tahap 1

Seperti biasa, sambil menunggu anak-anak cilik datang, saya akan buat persediaan apa yang patut. Potong kertas latihan, tampalkan ke dalam buku, siapkan buku-buku rujukan yang nak digunakan. Sepuluh minit sebelum kelas bermula, mereka akan beransur-ansur datang, letak beg di tempat masing-masing kemudian mula kerumun saya untuk tengok apa yang saya buat. 

"Cikgu buat apa?" 
"Cikgu,...saya nak tolong gam."
Saya terhibur melihat ragam dan curiosity mereka. Tiap-tiap kali datang, begitulah keadaannya. Sambil mata mengikut setiap gerak-geri saya buat kerja, kesempatan yang ada inilah digunakan untuk mereka berbual-bual dengan saya. Cerita perkara-perkara menarik yang berlaku dalam dunia mereka.

"Cikgu, semalam saya makan stik kat kafe Jebat!" (Refer pada kafe Jiran tempat shooting drama Bukan Aku Tak Cinta dulu. Jebat je diorang acknowledge, Mastura tak kenal!)

"Semalam ada merentas desa, ada tiga orang budak pengsan."

"Cikgu, duit belanja saya cicir sebab poket seluar koyak."

Macam-macam kan? :)

Semalam, turun sahaja dari kereta, N dan S meluru masuk selepas beri salam. Mereka berdua ni bersaudara. Sepupu. Gesa-gesa letak beg dan terus dapatkan saya.

"Cikgu, erkatek tu apa?"

"Erkatek?" Saya tanya balik,"Baca kat mana?"

"Bukan baca. Dengar mak su saya cakap."

Saya mula fikir,..apa kebendanya erkatek ni? Ayam katek ke? 

"Betul ke mak su cakap erkatek? N salah dengar tak?" Wajah kedua-duanya saya pandang. Musykilnya,....

"Alaaa cikgu tak tahu ke,..dari semalam saya tunggu nak tanya cikgu,.."

"Cikgu tanya lagi ni. Betul ke yang N dengar tu erkatek. Cuba cerita dekat cikgu sikit apa yang mak su cakap tentang erkatek tu."

"Betullll. Mak su saya cakap tunang dia kerja erkatek!"


Saya senyum leret.

"Bukan erkatek. ARKITEK."


Psst! Saya tiada di tower hari ni. Ada urusan di luar sepanjang hari. Jaga diri kalian elok-elok ye. Jangan lupa senyum.



48 ulasan:

  1. hahaha lawak laa.. nasib dia siap bagi contoh ayat.. kalau tak jenuh pikir apa ke benda yang diaorang tanya tuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,...nasib baik dalam hampa tu dia ingat butir bicara maksu dia :)

      Padam
    2. kalau tak sampai ke sudah tak dapat jawapannya..

      Padam
  2. lawak plak student akak tu.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 akak selalu terjebak dgn lawak menduga ni, Syida :)

      Padam
  3. cute je budak-budak kecik ckp hal2 org dewasa...tapi bagus, inquisitive mind..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, tang perasaan ingin tahu tu bagus. Kalau eavesdrop tu kurengggg sikit :)

      Padam
  4. hihi..bace entry ni pon dah boleh anis senyum kat tower akak..comell je.. :)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Have a great weekend, adik manis :)

      Padam
  6. oh..haha..lucunya anak2 murid kak farrah..macam2 ragam kan..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Comel kan,..soalan penuh rasa ingin tahu :)

      Padam
  8. Kuikuikui....comel aje dgr....erkatek!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujur saki baki bunyi tu masih ada kan,..

      Padam
  9. Tah2 mak su dia mmg sebut camtu, sbb mak su dia pun tak tau.... hikhik..

    BalasPadam
  10. hehehehe...comel betul..arkite jadi erkatek...puas jugak nak pikir maksud dia tu,,hehe ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masa tu memang terfikir ayam katek je :)

      Padam
  11. hahaahaahah....leh gelak sorg2 baca kisah erkatek nih....

    BalasPadam
  12. hehe...erkatek! adeh, teringat anak dara saya yang pelat di rumah
    bunyi tak sama dengan apa yang cuba disampaikan
    tapi dialah penghibur =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fasa anak-anak pelat belum fasih bertutur memang fun, YY :)
      Ada saja yang mencuit hati kan...

      Padam
  13. hahahaha. erkatek pun boleh.. adoyai.... benda lucu saya dengar dari budak2..

    A; ayah aku keje polis weyh..
    B: ye ke? bila masa lak?
    A: baru je semalam dia keje....
    B: ayah kau keje kat mana?
    A: ala.. dekat 99speedmart tu... polis kan no dia 999...


    wakakakakakkaka.x sampai ati nak betulkan... bior je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelakar...kelakar...sekurang-kurangnya budak tu tahu kalau nak telefon polis call 999 :)

      Padam
  14. alolo...cutenya! napelah tempat keje saya ada orang-orang tua aje..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aishhh, kalau kat tempat kerja Sal ada budak-budak, tak jadi kerjalah dik :)

      Padam
  15. Comel je salah sebutan rupanya:)

    BalasPadam
  16. first nampak perkataan 'erkatek' kita da angkat kening.. apakah?? bunyi mcm arkitek sikit2.. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak langsung tak terfikir arkitek, Izzati :)

      Padam
  17. Ponnnnn Ponnnnn Ponnnnnnn.... Pakkkkk Mattttt.... Pakkkk Matttt di langgar Motorcarrrr! Keceperrrr!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahah Keceperrrr! Keceperrrr!

      Padam
  18. Buku pon boleh.... Belacan pon boleh... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud SS, belacan erkatek? :)

      Padam
    2. Ni mesti Cikgu Ceketed tak pernah tengok video viral Syafika dgn cikgunya belacan dan buku ni... Try carikkk...

      Padam
  19. Laaaaa, ingatkan apalah erkatek tu. Arkitek rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik misteri erkatek terungkai kan,..

      Padam
  20. Hahahahhaha lawak la anak murid kak farah ni

    BalasPadam
  21. "cikgu...cikgu..saya baru balik dari Korea...ada hadiah untuk cikgu tapi nanti lah saya pos"..ini pula cerita dari anak murid dewasa :-)

    BalasPadam
  22. berapa umur anak2 murid si Farrah ni..petah betul bercerita..kalau sis JM mmg tak terlayan

    BalasPadam
  23. part paling kelakar...semua anak murid yg datang nak bercerita...mesti cikgu Farrah ni seorang yang penyayang!

    BalasPadam
  24. nasib baik Farrah boleh guess Erkatek tu Arkitek..kalau sis JM...Erkatek..erkatek lah...untung mak su nya ..tunang keje arkitek tu....

    BalasPadam
  25. Hahahah comel sangat bebudak tu!

    BalasPadam
  26. comey ngaaaat ni nape.. kalo marah bleh surut hilang prangai cemni.. erkatek pun erktek laaa

    BalasPadam
  27. huntong maksu.. tunang erkatek =p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...