Khamis, 2 April 2015

Serba Salah!


Semalam,.. 
Kak N hantar nasi lemak dan karipap sardin. Petang hantar lauk ikan berlada. Alhamdulillah.

Pagi tadi,...
Kak B hantar nasi lemak.
Nek D hantar mee goreng dan nasi lemak.
Kak Y hantar sambal ikan berlada dan nasi lemak kuning. Alhamdulillah.

Saya sepatutnya gembira. Lebih-lebih lagi apabila melihat tampang muka Cekebon yang gembira ceria menikmati makanan dan lauk kegemarannya.

Rezeki Cekebon,..once Kak N, Kak B, Nek D dan Kak Y tahu yang Cekebon dah pulang ke rumah, mereka rajin datang ziarah. Tanya Cekebon teringin nak makan apa, then dengan senang hati mereka masakkan.

"Tekak pahit, long. Biar dia berselera makan apa dia suka," kata Nek N pada saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur atas setiap satu rezeki yang datang.

Tetapi,..
Cekebon tak boleh makan semua tu. Kena pantang. Cekebon dah kena dialisis 2 - 3 kali rentetan jangkitan di paru-parunya yang turut beri kesan pada buah pinggang + darah. Cekebon memang ada tapak AV Fistular (baca di sini), tetapi belum sampai kena dialisis on regular basis.

Jadi, misi saya dan adik-adik adalah untuk pastikan Cekebon tidak perlu lalui sesi dialisis lagi. So, kena on strict diet (and of course si kakak lah yang perlu jadi bad cop keras hati cakap NO!) Setakat ni, apa sahaja permintaan teringin makan Cekebon, saya cuba tangguhkan ke hujung minggu. 

Kak, nak murtabak!
Kak, nak nasi lemak!
Kak, nak ikan berlada!

Saya minta Cekebon bertahan. Tunggu cheat day pada hujung minggu. (Tunggu Tribal Council bersidang, then nanti Uje atau Cekengah pergilah beli satu atau dua meal yang Cekebon teringin.)

Masalahnya,...
Cekebon ada ramai pula yang sayangkan dia. Orang ni telefon tanya khabar, tanya teringin nak makan apa. Sejam dua lepas tu, ada juadah yang muncul di depan pintu. And of course, semuanya juadah yang dia teringin nak makan dan saya dah vetoed NO. Masakan pemberian orang/beli,...kita tak dapat pantau jumlah kandungan garam, gula, kicap, sos segala!

Nak buat macam mana ni? 
Serba salah dibuatnya. Padahal yang kat rumah ni mata dah juling-juling sebab sama-sama ikut diet Cekebon. Cekengah kemek muka pandang saya ketika makan lauk kegemarannya versi tawar hebeh. "For Bon's sake! Bagi support sikit."

Saya tak nak asyik tegah, ingatkan dia saat-saat dia tengah sakit dan kena dialisis. That is simply bad psychology. Kasihan pula momok-momokkan dia dengan perkara yang buat dia trauma. Pada masa yang sama, risau juga. Saya tahan, saya larang, tiba-tiba sampai janjinya dengan Allah,...saya juga yang tak cukup tanah nak hilangkan rasa kesal.

Most important thing, saya tak mahu Cekebon tersinggung atau berkecil hati dengan saya. Kata-kata "Kakak garang!""Kakak janganlah marah ibu." dah mula kedengaran di udara. (Kakak tak garang, Bon. Tegas je. Family kita kan suara gapak-gapak belaka...)

Takkanlah saya nak pergi warning insan-insan pemurah ni?! Nak sekolahkan diorang dengan keadaan kesihatan Cekebon, pantang-larangnya,...Tak sesuai pula kan?


Siapa ada idea nak buat macam mana?
Faktor dalaman dah under control. Faktor luar dan persekitaran ni...



77 ulasan:

  1. payah jugak ni kak Farrah, karang yang memberi kecik hati pulak..mencabar jugak jaga orang sakit kena pantang ni..huhu.bagi jelah sikit kot, tapi pesan ngan Ibu akak, tak boleh selalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah apa2 pun kena harap Cekebon kuat dalaman nak menghadap dugaan makanan. Sekarang ni selera je,...teringin itu ini.

      Padam
    2. setakat merasa dh la.. kecian plak kn dh teringin.. pantau jgn makan byk sgt

      Padam
    3. Kalau setakat merasa tu, boleh lapang dada, ZF. Tapi kalau dah sedap mamam tu, tak sampai hati pula akak nak catu :(

      Padam
  2. Kalau ekin ditempat kak xtaw nk buat macam ner huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepala pusing,..pusing kepala :)

      Padam
    2. hati2 Farrah jgn sampai tercabut kepala tu eheheh...gurau je ehhh

      Padam
    3. Hihihi mudah2an tak sampaike tahap itulah. Klu tidak kena cari sis ke SS ke,..minta tolong betulkan allignment kepala. Nak minta tolong Shikin, dia skrg busy :)

      Padam
    4. Kak jgn bagi pusing kepala taw... xmau akak sakit...

      Padam
    5. Kontena ada ubat kepala memusing... Kontena mana kontena? He He He...

      Padam
    6. KONTENA SS ADA UBAT KEPALA MEMUSING HIHIHI

      Padam
    7. amboi SS... xhabis2 kontena ya...

      Padam
    8. @Ekin - Thanks for your concern, Ekin.

      @SS - Nanti nak minta kat Kontena la ;)

      @ZF - Lekat nama kontena. Silap haribulan memang betul2 Zarul jadi tauke kontena. Akak tumpang bangga :)

      Padam
  3. kak farah.. ayah anis dialisis sekarang.. memang strict diet.. dulu satu rumah pakat2 diet..lagi2 makanan potassium tu.. ikan bilis xde langsung dalam makanan.. buah pisang antara potassium tinggi jugak.. sebab bile cuci darah.. salur darah akan tersumbat dengan lemak2.. susu pon xleh minum.. ayah anis dialisis seumur hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anis, akak doakan kesihatan dan kesejahteraan ayah Anis. Betul. Renal failure diet memang strict kan. Akak masa mula2 nak jaga diet Cekebon, berpinar gak biji mata. Nak kena ingat mana high potassium, mana low...kena pertimbangkan juga alternatif lain coz Cekebon ada diabetes juga.

      Padam
    2. anis sampai siapkan list...google sane sini.. tanye doktor..waduhh susah sangat2.. sekarang ni still cuci darah tp kicap dh bole makan.. ikan bilis dh bole makan.. sebab dah neutral... xde effect sgt kalau makan.. sebab tu awal2 sakit renal failure..pemakanan kena jage.. kadang2 kesian tengok dyeorg xbole makan..tp nak buat cmne kan.. huhu... thanx kak farah... anis pon doakan cekebon akak sihat kembali :)

      Padam
    3. semoga ayah anis cepat sembuh ya...

      Padam
    4. Betul, Anis. Akak dah ada satu fail khusus utk renal diet. Banyak nak kena baca, kena cross refer. Kita sama2 doakan penyakit orang tua kita berada dalam tahap yang terkawal.

      Padam
  4. faktor luaran tu yang payah nak control.. yang dalaman tak pe dah sedia maklum.. apapun cuba cakap baik2 harap mereka paham dengan situasi sekarang.. bukan nak menolak pemberian dan rezeki, tapi kerana sayangkan Cekebon, terpaksa laa bertegas skit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, eyda. Memang kalau berterusan, akak fikir memang kena slow talk dengan mereka ni...

      Padam
    2. yup, tak cuba tak tau kak Farrah.. harap mereka faham..

      Padam
    3. Alhamdulillah, bahagian ni Cekengah dah setel kan. Dia mahir bab cakap2 ngan orang gaya customer service nih. Akak tak pandai lapik2 sangat ;)

      Padam
    4. alhamdulillah.. semoga kesihatan Cekebon semakin baik selepas nih..

      Padam
  5. Kalu SS.. SS guna reverse psychology...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS pandai bab ni.. gi idea la SS kat Kak Farrah..

      Padam
    2. SS mmg pandai bab ni..JM selalu terperangkap huhuh

      Padam
    3. Haaaa,..tadi saya temankan Cekebon makan, saya Ikut saranan SS. Saya tunjukkan komen Anis and cakap harap Bon nya kidney problem tak sampai tahap nilah kan....and saya tekankan bab 'dialysis seumur hidup'. :) sudah makan dalam sikit hikhikhik

      Padam
    4. Cekebon... SS kat sini doakan dan harap sangat semoga Cekebon sihat... Ceria2 seperti selalu... Bila Cekebon sihat... Semua orang pon sihat... Bila Cekebon ceria... Semua orang pon ceria... Semua penawar ada pada Cekebon... Bila Cekebon sayangkan diri Cekebon... Bermakna Cekebon pon sayangkan semua orang... Ikut pesan doktor... Jaga kesihatan... Love you Cekebon!

      Padam
    5. Sob..sob..sob, apsal utk Cekebon, tapi saya yg touching? Huhuhu SS, Cekebon dah bobok. Nanti esok saya bacakan pada dia ye :)

      Padam
    6. Cikgu Ceketed... Nak jaga Cekebon ni... DIri sendiri pon kena jaga taw... Kena kuat fizikal mental... So... Rest cukup2 ok... Good nite... Sweet dream!

      Padam
    7. betul tu..kena gune reverse psychology..huhu... cakap kat cekebon..sakit sikit je.. so kena jaga sikit je makan tu.. nanti dh elok kita pon happy.. :) love u la cekebon.. :)

      Padam
    8. Pandai SS... ekin touching baca komen tu

      Padam
  6. I pun tak tahu nak cakap camna.. Mak ngan Abah i pun susah nak handle bab2 ni.. kalau masak ada ja tak kena.. Pastu makan sikit.. ingatkan jaga org tua ni senang sebab paham..tapi lagi susah dari jaga budak2.. susah camna pun tak kisah la, kita syg depa, dulu depa penah susah jaga kita kan..
    Maybe Kak Farrah kena talk heart to heart kat Cekebon..Biar dia sendiri tolak makanan tu bukan kita yg larang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cakap Syida tu,..sayang punya pasal! Bab talk dari hati ke hati tu akak kena guna khidmat Cekengah atau Uje. Uje senjata yang melemahkan Cekebon, Cekengah pula ayat2 dia ayat customer service. Pandai berlapik ;)

      Padam
  7. kadang tengah pantang bersalin, geram je org tayang2 makanan.. huhu, memahami sgt cikebon..time x boleh tu laa rasa nak macam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang kesian tu kan,..YM :)

      Padam
  8. Kak N, Kak B, Nek D dan Kak Y..kak JM je tak de..okie..okiee..sambung baca!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa jgnlah Kak JM ada utk kes ni. Bertambah serba salah saya nanti :)

      Padam
    2. Kalu drama jenuh penerbit nak bayor royalti... he he he...

      Padam
    3. Nasib baik jugak Kak Nam tak ada. Portion Kak Nam kena bayor lebih :)

      Padam
    4. Kak Nam pelakon airmata ganti Ning Yatimah! Ning Baizura pon tak mampu... He He He...

      Padam
    5. lagi jenuh kalau ada dua2 tu

      Padam
  9. waduhh..pening jugak nih..Cekebon suka mkn sedangkan semua makanan tu tak boleh mkn...

    rasanya perlu soft spoken dengan orang yg suka belikan or hantar makanan tu ..alasan Cekebon perlu berpantang demi kesihatan beliau..kalua x de depan mata x de lah terigin nk makan. Perlu juga slow talk dengan Cekebon...apa akibatnya kalau mkn makanan itu semua...semua anak2 risau kan kesihatan beliau..kalau diri sendiri tak boleh kuat...tak boleh nak tahan...org keliling akan susah hati..so x de jalan lain..itu pendapat sis JM lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena slow talk-tarik-rambut-dari-dalam-tepung nampak gayanya sis kan,..

      Padam
    2. saya sokong kak JM kali ni..

      Padam
    3. Apa yang peningnya Yunkkk? Tak pening laa...

      Padam
    4. terima kasih Sal..meh sini nk kiss sikit heheheh

      Padam
    5. kali ni ja kak Sal sokong sis JM..

      Padam
    6. x pe lah sekali ni pun ada gak org sokong

      Padam
  10. lamannyaa aina tak singgah sini. banyakknya aina miss/ T_T moga cepat sembuh untuk mak akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindunya kat cik adik yg seorang ni. How's study? Nway, thanks ye, Aina.

      Padam
  11. arwah opah sy dlu ade diabetic dan buah pinggang ..wajib dialysis every alternate days...mcm2 kena pantang memang kesian kita tgk tapi hati kita yang jaga kena keras demi kesihatan dieorg...

    supplemen penting untuk ganti nutrien dan kalori mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang jadi serba salah tu kan...kita nak bertegas jaga kesihatan mereka,..pada masa yang sama kasihannnnn. Betul cakap Arifa,..suplemen tu penting.

      Padam
  12. kalau mak zizie, dia bg org lain makan... tapi, kalau dah nampak di mata pesakit, terpaksa buat2 garang la... garang kejap je.. kesihatan kan nak long term..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Masalahnya, bila mereka datang memang ditatang lauk-pauk tu depan mata Cekebon. Kalau pass dulu kat akak, leh gak akak sorok2/catu. Memang kena garang,...garang utk kesihatan long term :)

      Padam
  13. ya, betul..kena bagi pemahaman pd pesakit..biar dia sendiri yg tolak semua makanan yg sedap2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah gamaknya, Nohas. Kena start rancang strategi ni :)

      Padam
  14. Beritahu elok elok kat diorang Kak Farrah. InshaaAllah diorang faham. Sebab kalau orang dah bagi takkan nak tolak kan? So before diorang bagi Kak Farrah beritahu dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak harap pun begitu, Dylla. Bila diorang dah beri, buat khusus utk Cekebon,..of course diorang expect Cekebon makan. Akak kena pintas stage tu heheheh.

      Padam
  15. Dilema juga situasi ni kan Kak..nak suruh makan kang belakang hari susah..nak tegah kesian pula tengok..apapun, semoga cekebon diberikan kesembuhan supaya dia boleh makan menu kegemaran tanpa amaran lagi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Terima kasih atas doanya, Wana. Memang dalam dilema sangat2. Lebih perit bila dengar Cekebon batuk balik sebab makan makanan berminyak. Tapi takkan nak cakap right at her face sebab dah langgar pantang,.. :)

      Padam
  16. Alhamdulillah! Terima kasih semua! Pandangan dan saranan kalian amat saya hargai. Insya Allah, akan lakukan yg terbaik utk atasi dilema ni. Kiss kiss! Nite! :)

    BalasPadam
  17. Moga Cekebon cepat sembuh dan sihat..
    Mak akakpun tak sihat sekarang ni..
    Makanpun dia tak berapa nak lalu.. Makan bubur nasi je..
    Risau dibuatnya..

    BalasPadam
  18. ssh jugak kalau dalam situasi macam tu kan farrah..sy pon penah mengalami...bila mak sy pon kena jaga makan...coz dia diabetes....kdg bila dia nak makan benda manis...ktorang bagi jugak tapi sikit jer...dah kalau dia amik makanan tu kadang sy cakap awal2 mtk dia kurangkan pengambilan....tp biasa la kadang org tua ni sensitip...so kena ckp dalam bahasa yg paling lembut...coz kita cakap utk kesihatan dia....papepon sy doakan Cekebon cepat sembuh....smoga farrah sekeluarga sentiasa tabah....sesungguhnya menjaga orang tua memamg memerlukan kesabaran yang tinggi...smoga medapat keberkatan dalam hidup....kem salam ngn Cekebon yer farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak saya pun diabetes. mmg susah.tapi beliau boleh control skrg :)

      Padam
  19. khaty yang dah baca pun serba salah bab nak bagi idea apa na kat farra..nak jaga hati ibu memang kadang2 memerlukan kesabaran..harap farra kuat semangat..jangan pula farra p jumpa jiran2..nanti depa majuk tak mau dah kawan ngan cekebon..(tak kan farra nak buat macam tue kan)

    BalasPadam
  20. Cekebon haaaaip haaaip hahha.. nak sihat cepat ke dak tu.. mmg kena strictly say no kak.. tapi lepas tu kena lah xplain kan.. kenape kita ckp no..bukan xnak kasi makan.. tapi xleh.. jadi kena sabar..

    ayah CT pun kuar2 hospital mintak sup daging.. haaaamboi !! tak sayang diri..

    BalasPadam
  21. Macam ayah scha, dia mmg taknak sangat makan sebarangan. hmm. apa kata, akak variety kan dishes. maybe dia boleh terima?

    Hai semuaaaa, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)

    Giveaway Sayang by Scha Nazri

    BalasPadam
  22. selalunya kalau jiran bg makanan, mak nina akan masak 1 menu dh agihkan kpd si pemberi. adil dan tak ada yg kecil hati

    BalasPadam
  23. mungkin kena sorokkan kot tanpa pengetahuan dia ;-)

    BalasPadam
  24. kak farah, diorg dtg bg makanan depan Cekebon ka.. kalau Cekebon xtahu ka. xpyh bg taw ka...
    tapi susah gak la..

    apa pon.. saya doakan Cekebon cepat sihat taw...

    BalasPadam
  25. kena banyak berpesan. and bagi kata semangat :)

    BalasPadam
  26. Susah jugak bila berhadapan dengan situasi mcm ni..byk hati nak kena jaga...memang serba salah..hope cekebon cepat sembuh dan x perlu jalani dialisis lgi ye Kak Farrah..

    BalasPadam
  27. gapak tu apa kak? susahlah kan... kita xnak dia menderita nanti. lagi susah.. so nak xnak kenalah jaga masa awal2 macam ni...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...