Isnin, 29 Jun 2015

Salad Baby Butterhead dan Kruton

Antara daun salad kegemaran saya ialah baby butterhead. Baru-baru ni masa shopping jumpa daun ni kat section reduced to clear. Murah. Keadaannya masih OK dan fresh lagi. So, saya buatlah salad simple ni. 

Baby Butterhead Salad with Croutons

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 3 tampuk daun salad baby butterhead
  • 10 biji bebola ikan atau ayam
  • 1 biji bawang Holland

Bahan-Bahan Untuk Dressing (Vinaigrette) Lemon
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 2 sudu teh parutan kulit lemon
  • 1/4 cawan minyak zaitun (extra virgin)
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Garam halus secukup rasa

Bahan-bahan untuk Kruton
  • 2 - 3 keping roti keping
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun 

Langkah-langkah Penyediaan
  1. Leraikan daun salad. Basuh dan tuskan air hingga kering. Hiris nipis bawang Holland.
  2. Goreng bebola ayam atau ikan. Belah kepada dua bahagian jika mahu atau boleh biarkan sebiji-sebiji. Ketepikan.

Cara Membuat Dressing (Vinaigrette) Lemon
  1. Masukkan minyak zaitun (extra virgin), perahan jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
  2. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga semuanya sebati. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.

Cara Membuat Kruton
  1. Potong roti menjadi bentuk dadu kecil. Panaskan kuali leper. Masukkan dua hingga tiga sudu besar minyak zaitun.
  2. Masukkan potongan roti yang telah didadu. Goreng buat seketika sehingga tekstur roti menjadi rangup.
  3. Jangan guna api yang terlalu panas untuk elakkan roti hangus. Balik-balikkan roti supaya masak sekata.

Menyediakan Hidangan Salad
  1. Masukkan daun salad, bawang Holland, bebola ikan atau ayam dan kruton ke dalam mangkuk salad.
  2. Curahkan dressing (vinaigrette) lemon ke dalam mangkuk dan gaul sekata. 

 Selamat Mencuba!


30 ulasan:

  1. sedap nampaknya
    saya suka makan salad! aisyah pun sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, kagumnya akak! Si Aisyah kecil2 lagi dah pandai makan sayur :)

      Padam
    2. tulah, dia boleh habiskan tau
      lagi kalau buat coleslaw, favorite dia =)

      Padam
    3. Bagusnya dia! Akak dah tua2,..dah kena tiroid baru belajar makan sayur :)

      Padam
  2. suka salad..rasa fresh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan,...sekali sekala layan salad yang segar dan crunchy :)

      Padam
  3. simple dan menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai utk ratah-ratah :)

      Padam
  4. nampak sedap ni,orang yang tak suka makan sayur pun boleh terliur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, orang tak suka sayur pun leh try makan sebab baby butterhead ni tak pahit :)

      Padam
  5. suka makan salad.. makanan sihat..

    BalasPadam
  6. baby butterhead mmg paling best...bunyi dia yg paling seronok dgr! hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul. Bunyi comel je kan...

      Padam
  7. baby butterhead..??

    tak pernah dengar.. kena pi cari untuk rasa lah since ni peberet akak... hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, cuba cari. Makan camtu je pun sedapppppp!

      Padam
  8. Balasan
    1. Jay Emm buatkan untuk SS boleh? He He He...

      Padam
  9. i do like butterhead so much

    BalasPadam
  10. Salad je SS leh makan buat masa ni... Lelain tak leh... Uwaaaaaaaaaaaa nangesssss!

    BalasPadam
  11. lama dah tak makan salad cmni
    tapi butterhead mahal sikit
    sllu gune lettuce je
    heheheh

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...