728 x 90

Rabu, 16 Disember 2015

Mewah Meriah Joy Febreze

Ini merupakan hadiah tebusan yang ke- 7 & 8 kalau tak silap. Kisah penebusan sebelumnya boleh baca di sini. Awal-awal dulu, masa baru berjinak-jinak dengan Woop, saya tebus deodorant Rexona je. Then, apabila points yang dikumpul makin banyak, saya tebus pek Joy pula.

Ada dua pilihan untuk pek Joy. Yang pertama - 10 pek Joy (45ml), 1 pek isian semula Febreze (320ml) dan satu botol penyembur kosong Febreze To Go  (75ml) untuk kita isi dengan Febreze dan bawa ke mana-mana :)

Pilihan yang kedua, 10 pek Joy (45ml) dan 1 pek pewangi Ambi Pur. Kedua-duanya saya dah pernah redeemed. Cuma saya prefer pilihan yang pertama. Walaupun ada banyak produk lain yang boleh kita tebus, saya suka Joy dan Febreze. Memang guna dua-dua produk ini di rumah. 

Sabun cecair Joy jenis concentrated. Tak susah nak bersihkan pinggan mangkuk yang berminyak. Lagi-lagi kalau saya bake, semua peralatan- whisk, mixer bowl, loyang semua saya rendam sekejap dan titiskan dengan sedikit Joy. Habis keluar semua minyak dan sisa adunan yang melekat! Tak perlu guna banyak. Jimat. Dah lama tak beli sabun pencuci pinggan sejak dapat Joy. Tetapi, bagi yang tangan dan kulit jenis sensitif, kena hati-hati. Mana tahu takut-takut kulit tak tahan dengan cecair Joy.

Febreze pula nyahkan bau kepam pada barang-barang berfabrik di rumah. Sofa, tilam, langsir bau sambal atau ikan masin,..semua kita 'spritttt sprittttt' je! Nikmati kesegarannya. Kalau nak beli refill Febreze di pasaran, berkira-kira juga sebenarnya. Itu yang kadang-kadang saya buat sendiri Homemade Febreze. Nak jimat punya pasal. Tapi sekarang ini, sementara ada peluang untuk tebus di Woop, kita grab lah!

Kali ni dapat 20 pek Joy dan 2 pek isian semula Febreze. Di Woop, kita hanya boleh redeem 1 item sahaja untuk 1 minggu. Jadi saya tebus benda yang sama dua minggu berturut-turut. Alhamdulillah, pihak Woop hantar sekaligus.


Dapat selambak! Mewah dengan Joy & Febreze ;)

Bukan sekadar boleh tebus barang-barang, kadang-kadang hanya dengan melengkapkan beberapa missions, kita dah layak untuk terima hadiah. Contohnya, masa kempen Rexona, saya tak sempat pun nak lengkapkan kesemua missions. Tetapi dapat juga pek Rexona Kit Box. (Boleh baca entri mengenainya di sini). Dapat hadiah, dapat points. Berbaloi kan?



Ingin tahu lebih lanjut bagaimana konsep Woop, sila baca entri saya di sini.
Berminat nak sertai woop? Klik sini, daftar secara percuma dan have fun completing all the missions!

Psst! Sekarang ada kempen Sony, banyak barang menarik seperti bluetooth speaker, earphones dan powerbank yang boleh ditebus :)


58 ulasan:

  1. Wahh bestnya dpt bnda free ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang best! Lagi2 benda yang kita guna :)

      Padam
  2. terasa kemeriahan dan kegembiraan .. bau wangi sampai sini.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha! Hebattttt! Sampai ke Melaka wanginya ye :)

      Padam
  3. hahah.. nina pun dah banyak dpt dari woop.. time kempen castrol magnatec tu semua barang castrol nina reedem.. termasuk minyak hitam yg 4L tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh! Memang puas hati kan. Tadi saya check kat rewards tengok tool kit castrol 1000 points je. Berkenan sangat! Tapi macam nak kumpul dulu ;)

      Padam
    2. benda tu masuk je nina terus reedem dulu.. hahah.. mmg berkenan sgt box tu walaupun tau x berapa berguna sgt pun.. tapi kotak dia rare

      Padam
    3. Itulah,...berkenan tengok kotaknya. Memang rare. Sesuai buat koleksi :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Memang best, Cik Hani. Jomlah join :)

      Padam
  5. tak redeem lagi barang woop.. baru beberapa kali jer sempat lengkapkan dia nyer mission..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Slow2. Nanti cukup points, bolehlah redeem apa yang berkenan :)

      Padam
  6. nak powerbank, tapi habis.. sob..sob.. bersungguh complete mission sony.. tggal yg gambar lompat ngan waterproof ja xmampu nak wat..masih berkira-kira nak tebus febreze.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis dah ke? Bukan barangnya belum sampai lagi?

      Padam
  7. yg rexona tu I dapat 2 kali.. sukanya.. sampai sekarang xhabis lagi 1.. jimat dah bab "pewangi ketiak" tak yah beli.. :-).. men punya bagi abah.. semburlah abah pun..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah! Akak pun dapat dua box. Kalau tahu, tak delah gi tebus deoderantnya. Memang jimat. Stok utk ketiak cukup :)

      Padam
  8. bagus..bagus...suke je benda redeem2 ni.. ;p mekasih info...

    BalasPadam
  9. Firah tak redeem lagi.. nak kumpul bebanyak.. kot2 WOOP nak bagi Iphone 6S.. boleh redeem.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha selamat mengumpul points utk iphone 6 naa :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Aik...cikgu salah masuk rumah ni :)

      Padam
    2. Itulah,..mesti cikgu Etuza masuk blog akak teringat kat Yana :)

      Padam
  11. Balasan
    1. W/salam. Heheheh itu yang senyum sampai telinga. Stok utk cuci pinggan :)

      Padam
    2. rezeki kan, dah percuma gitu mahu tak senyum sampai telinga :)

      Padam
  12. yana baru sebulan start tgh kumpul point skarang hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat gigih mengumpul points :)

      Padam
    2. Kihkihkih gigih ada makna. Dapat jimat! Duit tu boleh digunakan utk beli benda lain terutamanya barang kraf :)

      Padam
  13. Kak... promo sony tu kna ambik task big mission kan?

    Big mission kna ada fb kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Kena share kat fb. :)

      Padam
    2. eh Kak Huda.. bukan tengah bercuti ke ? o.O

      Padam
    3. Hahahah duta woop tanpa tauliah. Dik Iti, kat kampung Huda tu ada wifi ada internet. Dia cuti2 pun sempat buat keje opis!

      Padam
  14. haa. tadi cek woop point baru ada 600 lebih je.. tak cukup nak redeem item sasaran..kene kumpul lagi..

    BalasPadam
  15. jimat sungguh ni Kak Farrah.. terus buat stock kat rumah.. btw.. 1 pek Joy tu boleh guna brapa lama ? sampai 20 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10 pek = 450ml boleh guna dua bulan lebih. So, 20 ni tahan dalam 4 ke 5 bulan lah :)

      Padam
  16. Bestnyaaaa dapat barang yang memang kita guna hari hari! Ada masa free nanti saya nak join juga lah hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa nanti kalau senang intai2 lah woop ye :)

      Padam
  17. gigihnya akakk pergi redeem. --; x pernah lah buat macam ni. ahhaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja je buat isi2 masa lapang, Aina :)

      Padam
  18. aida da join, farrah.
    tapi x sempat nak jwb soklan.
    kat opis webpage woop tak boleh display.
    kat umah takde masa :(
    rugi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak mengapa. Tunggu bila free, Aida buat habis2an! :)

      Padam
    2. Lagipun from time to time akan ada kempen produk :)

      Padam
  19. kalau rajin tiada yg mustahil kan hehehhe

    BalasPadam
  20. ala tak paham la dgn woop ni kak farrah
    bace byk2 kali pon blur2 jugak
    ayu boleh jelly2 tgk kak farrah tebus jela
    heheh boleh bt stok
    tp siyes senang gune joy ye
    boleh try la pasni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...