728 x 90

Khamis, 21 Januari 2016

Kraf Kertas - Tema Hot Air Balloon

Dalam seni kraf kertas, nak buat handmade cards + gift tags dan hias scrapbook,... antara theme menarik yang boleh dipilih ialah Hot Air Balloon. Tema belon panas ni turut sesuai diangkat sebagai tema keraian istimewa. Birthday party ke,..anniversary ke...

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa projek saya bertemakan hot air balloon. Ketiga-tiganya 70 - 90% siap. Belum disolek dan dihias betul-betul.

Hot Air Balloon Cards



Untuk kad-kad di atas, saya guna designed paper yang bercetak gambar hot air balloons.  Kad di sebelah kiri, saya potong ikut bentuk belon panas dan bahagian bawahnya saya guna pelekat baldu berwarna coklat. Kad di sebelah kanan pula lagilah mudah. Saya jadikan kertas tu sebagai latar utama kad. Kemudian, saya potong beberapa hot air balloons (dari kertas yang sama) dan tampal guna adhesive tape supaya bentuknya jadi timbul.

Hot Air Balloons daripada Butang

Ini pula saya sedang sediakan hiasan untuk kad. Belon panasnya kita buat pakai butang. Then, draw je bahagian bawah dan tali-temalinya :) Selepas ini, saya hanya perlu tampal pada bahagian hadapan kad dan fikirkan ucapan/card sentiment yang sesuai.



Hot Air Balloon Gift Tag



Cantik tak gift tag ini? Hot air balloonnya saya buat menggunakan hiasan berjahit yang dijual di POPULAR. Meriah sedikit tag hadiah kita apabila ada sentuhan 3D sebegini. Jika tak jumpa hiasan ini, boleh buat sendiri. Potong beberapa keping bulatan daripada kertas bercorak/designed papers (pastikan saiznya sama besar). Kemudian, jahit di bahagian tengah.  

Bagaimana? Dapat idea tak nak berkraf dengan tema belon panas? Selamat mencuba ye.

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

46 ulasan:

  1. cantiknyer!!!! nak 1 jer. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak yg paling besar kena tunggu belon panas mendarat depan rumah la jawabnya :) hihihi

      Padam
  2. kreatip dan cantik^^ idea tu idea yang mahal..

    BalasPadam
  3. Sungguh cute....sakit hati ni...sebab cute la ballon panas tu....alhamdulillah...tahniah sebab kreatif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC pun boleh buat,..senang je. Janji bahan-bahannya ada :)
      hihih saya ni takdelah kreatif mana..

      Padam
  4. ala alaa.. bila nak rajin buat ni.. jeles tengok. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa, nanti ada kesempatan cubalah buat, Jie. Buat projek kecil2 dulu :)

      Padam
  5. X sngka ppak blh buat semudah ni kn drpd bli d kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sendiri lebih puas hati, Lya. Tetapi bahan2 nak membuatnya kena adalah :)

      Padam
  6. Cutenya tema hot balloon, thanks for the tips, ingat nak beli buku tu juga atau garis kecik besar untuk tulisan sambug ok jgkkan. Nak cuba buat yang 3D tu la, comel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, BP. Oh, tentang buku tu, dua-dua boleh. Janji ada line utk dia follow. Boleh juga cuba download kertas utk writing. Ada banyak jenis :)

      Padam
  7. bolehlah wat hadiah GA nnt...
    kita confirm join!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh bilalah agaknya akak mampu buat GA, Munirah...nak naip entri pun selalu tak cukup masa :)

      Padam
  8. cantik laa.. bila kena dengan tangan berseni, apapun jadi cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh sebetulnya barang2 tu sendiri dah sedia cantik, eyda :)

      Padam
  9. saya admire betul dengan hasil kraf akak
    cantiklah kak! suka saya tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, YY. Sebenarnya YY pun boleh buat. Tunggu si Aisya tu besar sikit, nanti boleh jadi geng buat kraf :)

      Padam
  10. Cantikkkk! Kak Farrah, nak tanya. Kan Kak Farrah biasa sebut pasal washi tape. Washi tape tu sama ke eh macam masking tape? Sbb saya jumpa yang tape cecomel tapi dia tulis masking tape.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dylla dear, sorry akak lambat jawab. Yes, secara kasar kita boleh cakap masking and washi tapes ni sama. Washi tape derives its name from kertas beras yang digunakan utk buat tape ni di Jepun. Otherwise kita panggil masking tape. Yang penting washi and masking tape ni, ciri2 dia, mudah dikoyak dengan tangan (tak perlu guna gunting) dan boleh dicabut dan lekat balik. One thing you need to be careful dengan harga washi and masking tape di pasaran. Sometimes harganya melampau-lampau tinggi. Sedangkan kualiti sama je dengan yang harga RM5 - RM7 segulung.

      Padam
  11. salam :)
    akak memang kreatif! cantik cantiiiikkk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa janganlah puji lebey-lebey...

      Padam
  12. teringat pulak cerita apatuh yang SAM dgn fazura belakon hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess...manisnya cinta diu capadocia kan...

      Padam
  13. Ini comel sangat, kak Farrah! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi bolehlah akak prasan comel sama ;)

      Padam
  14. Farrah memang kreatif orangnya....

    BalasPadam
  15. ya allah kak farrah
    cantik nye
    ayu is sangat jelly tauuu

    BalasPadam
  16. tangan kak farah memang berseni sangat buat apa nampak cantik taw

    BalasPadam
  17. salam kak rasanya dah dapat idea birthday card, duk selongkar entry craft akak .

    BalasPadam
  18. Dapat idea nak pergi naik belon panas dekat putrajaya tu jea. Hihi, nak berkraf2 ni~~~~~

    BalasPadam
  19. Maaf nak tanya, mana nak beli pelekat baldu tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di Mr. Diy atau Daiso :)

      Padam
    2. Terima kasih :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...