Jumaat, 15 Julai 2016

Kerja Kursus Geografi PT3 2016 - Bahan dan Material Rujukan

Assalamu'alaikum,

Sebenarnya entri ini sahaja nak tolong hebah-hebahkan. Memandangkan calon-calon PT3 2016 bakal melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2016 bermula 17 haribulan ini, bolehlah dapatkan bahan rujukan dan material bimbingan di Fun Crayons EduSpace. Rasanya sekarang ini team Fun Crayons sedang berhempas-pulas menyediakan dan memuat naik bahan-bahan berkaitan yang boleh membantu para pelajar. Insya-Allah, semuanya akan selesai di kemas kini selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.


Klik sahaja banner di bawah:


Tetapi, awal-awal nak maklumkan, please don't expect ada contoh jawapan untuk kertas kerja kursus tersebut. Tiada contoh jawapan atau modul jawapan yang akan disediakan.  Kajian yang bakal dilaksanakan adalah berdasarkan kawasan kajian yang dipilih. (Berhampiran tempat tinggal atau sekolah pelajar.) Laporan kajian perlu dibuat berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian di tempat masing-masing. You'll be able to complete the task easily jika kalian buat tugasan mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Lagipun, jika diberikan contoh jawapan, saya percaya kebanyakan pelajar akan copy bulat-bulat hanya untuk siapkan kajian. It will provide no good to the students. Bayangkan juga perasaan guru pemeriksa yang nak tanda kerja kursus tu? 'Sedondon' je jawapan semua hahaha 

OK. Selamat Maju Jaya, Calon-calon PT3 2016!


Psstt! Saya tiada di tower. Jumpa lagi nanti.

19 ulasan:

  1. bagus perkongsian kak Farrah.. bermanfaat buat adik-adik kat luar sana tu.. :D

    BalasPadam
  2. Kak Farrah I miss u so much!! maaf lama x singgah sini.. selamat hari raya Kak Farrah :D

    BalasPadam
  3. Nice info Kak Farrah, at least boleh membantu adik-adik PT3 ni buat kajian mereka :)

    BalasPadam
  4. sure minggu ni kecoh Google nak search pasal Geography hehe..

    BalasPadam
  5. among my fav subject.. suka sangat !! cikgu dulu pun best. mesti tak ngantuk punya..

    BalasPadam
  6. tingat leee dok siapkan folio geo untuk PMR ehe..

    BalasPadam
  7. Terbaiklah cikgu ceketed share info ni

    BalasPadam
  8. PT3 sekarang makin mencabar perlu buat kajian bagai..sib baik lah SRP dulu x de mcm ni..SRP okey..not PMR..dah tuo den huhuh

    BalasPadam
  9. sistem pendidikan skrg makin maju dan mencabar ikut peredaran masa..bg yg tak buat betul2 mmg akan ketinggalan..dunia semakin mencabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah macam pengacara wanita hari ini... He he he...

      Padam
  10. pt3 candidates take note plzzz

    BalasPadam
  11. yana mula minat geo ni , afew months before PMR !

    BalasPadam
  12. Zaman blajar dulu... Geografi laa paling corot! Tapi bila dah travel.... Automatik kena tahu psl geografi! Gigih lak tuh! Ha ha ha....

    BalasPadam
  13. semoga ia membantu pelajar yang bakal menduduki PT3..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...