Khamis, 30 Mac 2017

iPrice Blogger Competition

Pernah dengar tentang iPrice? iPrice merupakan satu portal yang sangat sesuai untuk kita yang selalu membuat pembelian secara dalam talian (online shopping). iPrice bukan sahaja ada di Malaysia, malah di negara-negara utama Asia Tenggara. Dengan misi utama menjadikan pengalaman online shopping pembeli lebih baik, iPrice membantu pengguna membandingkan harga, menyenaraikan kupon-kupon dan tawaran menarik agar setiap pembelian yang dilakukan lebih berbaloi, setanding dengan nilai wang yang dibelanjakan.


Entri ini ditulis untuk Pertandingan Blogging iPrice

Online Shop Pilihan

Online shop bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Jika kalian biasa membaca entri-entri di From FAMF Tower, kalian akan perasan yang saya juga gemar membeli secara online. Pastinya, LAZADA merupakan portal online shop kegemaran saya. Setakat ini, semua pembelian saya, dari barangan dan keperluan untuk kerja (dakwat printer, beg) sehinggalah material dan peralatan hobi (tali gitar, capoclear stamps), dibeli melalui LAZADA. Saya selesa membeli-belah di LAZADA kerana dapat nikmati tawaran-tawaran menarik yang hebat.


Masalah yang dihadapi oleh online shoppers

Sepanjang saya membeli-belah di LAZADA, saya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah. Mujurlah tiada pengalaman buruk setakat ini. Bagi saya, pihak LAZADA sebagai salah satu portal online shopping terbesar mampu menangani permintaan-permintaan pelanggan. Tetapi, saya biasa terbaca mengenai pengalaman rakan-rakan lain yang kurang bernasib baik. Saya juga turut mengenal pasti terdapat beberapa masalah yang dialami oleh online shoppers apabila membuat pembelian di LAZADA. Antaranya:

  • Masalah penghantaran yang tidak efisien.

Meskipun LAZADA menawarkan beberapa cara penghantaran (melalui pelbagai perkhidmatan penghantaran) seperti Poslaju, Skynet, Gdex dan Ninjavan, segelintir pengguna berdepan dengan isu kelewatan menerima barangan yang dibeli. Bagi saya hal ini bergantung kepada servis penghantaran di satu-satu kawasan itu sendiri. 

Misalya di tempat saya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan pihak Skynet dan Ninjavan. Sekiranya barang-barang yang dibeli dihantar menggunakan dua servis ini, saya boleh berlapang dada. Barang akan sampai cepat, dalam tempoh seperti yang dijanjikan. Berlainan pula dengan Poslaju. Jika pembelian saya dipos menggunakan Poslaju, saya perlu bersedia untuk menerima barang beberapa hari lewat. Di tempat lain pula, ada online shoppers yang mengalami masalah dengan Ninjavan dan ada juga yang terpaksa pergi sendiri ke pejabat Gdex untuk mengambil barang atas sebab Gdex kekurangan kakitangan untuk membuat penyerahan.


  • Tiada Servis Pembungkusan Hadiah

Selain daripada membeli barang buat diri sendiri, online shoppers turut cenderung membeli barangan untuk dihadiahkan kepada insan-insan tersayang. Kita dapat lihat di sesetengah pasar raya besar, adanya perkhidmatan membungkus hadiah (gift wrapping service). Saya rasa pihak LAZADA perlu mewujudkan servis sedemikian.

Servis ini akan memudahkan pembeli (terutamanya bagi mereka yang sibuk dan tidak suka membalut hadiah!) Pertama, hadiah yang dibeli sudah siap dibalut cantik. Kedua, pembeli tidak perlu keluar membuat urusan pos untuk menghantar hadiah. Hadiah yang dibeli sampai terus kepada penerimanya. Pada masa yang sama, pembeli dapat berjimat kerana tidak perlu menanggung dua kos pos serentak iaitu kos penghantaran membeli barang di LAZADA dan kos penghantaran kepada penerima hadiah.


  • Tiada sistem kumpul mata (points reward)

Setakat yang saya perhatikan, di LAZADA, hanya pemegang BCard (B Infinite) yang berpeluang mengumpul points melalui pembelian yang dilakukan. Online shoppers yang tidak mempunyai BCard tidak boleh menikmati kelebihan ini. 


Cadangan Penyelesaian dan Penambahbaikan

  1. Sekarang ini, sebagai pembeli kita tiada kuasa menentukan servis penghantaran yang bakal digunakan. Bagi mengatasi masalah kelewatan penghantaran, saya anjurkan pihak LAZADA memberi pilihan kepada pembeli untuk menetapkan servis penghantaran yang dikehendaki/digemari. 
  2. Jika mengikut kebiasaan, produk dihantar terus kepada pembeli, sebaliknya pembeli boleh meminta supaya produk tersebut dihantar dalam bentuk hadiah kepada seseorang atau individu lain. Pihak LAZADA boleh mengenakan caj tambahan untuk membalut hadiah dan menyertakan kad ucapan/gift tag
  3. LAZADA mengadakan sistem kumpul mata (points) yang dikendalikan oleh pihak LAZADA sendiri, (bukannya pihak ketiga) melalui pembelian sebagai ganjaran kepada pembeli. Untuk setiap pembelian, pembeli akan diberi points. Apabila points yang dikumpul mencapai jumlah tertentu, points boleh ditebus dengan e-voucher atau barang-barang.
Secara kasarnya, cadangan-cadangan saya dapat diringkaskan seperti di dalam rajah aliran di bawah:



Dengan adanya penyelesaian dan penambahbaikan seperti di atas, saya pasti transaksi online shopping pembeli akan menjadi lebih bermakna.


16 ulasan:

  1. Gudluck Farrah...
    Idea bab perlukan pembungkusan hadiah di laman web Lazada tu, mmg setuju sgt.
    Cheers.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan kalau ada servis begitu :)

      Padam
  2. Bagus idea balut hadiah tu. selalunya kalau nak bagi hadiah pada orang, nak lah kotak cantik2 sikit kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,..lagipun senang sikit,..kita beli terus balut, terus hantar!

      Padam
  3. selamat berjaya ya... mudah2an rezeki memihak kat sis...

    BalasPadam
  4. bagus jugak fungsi iprice ni , boleh berbelanja dengan bijak

    BalasPadam
  5. terbaik cadangan kak farrah

    BalasPadam
  6. betul...reward point penting ramai juga yang kata dah belanja beribu tapi tak dapat apa...melainkan ada Bcard

    BalasPadam
  7. tetapi lazada memang terbaik...dan mudah untuk shopping online

    BalasPadam
  8. wow! cadangan yang mantapp. tahniah farrah sebab bagi tips ke LAZADA untuk tingkatkan perkhidmatan diaorang.. (saya pengguna tegar LAZADA..heheh)

    BalasPadam
  9. good luck farrah.
    aida dpt email tentang iprice ni.
    but kekangan masa.
    x dpt nak buat :(

    BalasPadam
  10. yes. bab pembungkusan hadiah tu aida setuju.
    if ada, mudah ekk kita nak terus anta kpd penerima dlm keadaan yg cantik :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...