NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 30 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 29 Disember 2017

Countdown 2018 - Jadual Qadha Solat

2018 semakin hampir. Tik tok tik tok. Dua tiga hari ini saya sibuk uruskan dan kemas kini planner 2018 untuk digunakan. Mula masuk appointments, jadual kelas dan semua yang penting pentinglah. Selain itu, saya juga ada cetak beberapa lembaran sebagai inserts tambahan seperti Fitness Journal, Gifts Tracker, To Blog List dan yang paling penting, satu ni - Jadual Qadha Solat.

Ini Jadual Qadha Solat bulanan. Saya tidak pasti siapa/pihak mana yang hasilkan jadual ini tetapi saya peroleh jadual ini melalui perkongsian di Facebook beberapa tahun lepas. Credit goes to the original owner. Moga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas perkongsiannya ini.



Berbalik kepada qadha solat, saya perlukan jadual ini supaya saya dapat keep track berapa solat yang saya dah ganti untuk setiap bulan. Dulu-dulu, waktu muda zaman belajar, banyak tinggal solat terutamanya solat subuh. Malam selalu tidur lambat, jadi subuh memang lau lah. Kalau dapat bangun untuk subuh pun, orang-orang dulu kata subuh gajah! Itu belum kira solat yang bolong, versi catuk ayam dan yang tidak sempurna perlaksanaannya.  

Jadi, sementara ada masa dan nyawa ini, gantilah mana yang mampu. Ini hutang dengan Allah. Seingat saya (ikut apa yang pernah saya pelajari), jika kita tahu bilangan solat yang perlu digantikan, hendaklah qadha solat mengikut bilangan tersebut. Tetapi, jika tidak pasti bilangan yang tepat, bolehlah kita buat anggaran bilangan solat yang tertinggal. Buat perkiraan bermula sejak akil baligh, gantikan secara berperingkat. Apabila sudah yakin bilangan solat yang diganti telah mencukupi, barulah berhenti.

Bila waktu yang sesuai untuk qadha solat? Tidak ada waktu yang tertentu. Boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Lazimnya, saya jadikan rutin untuk qadha satu solat setiap kali selesai satu solat fardhu. Misalnya, selepas solat Zuhur, saya akan cuba qadha satu solat Zuhur. Jika ada masa, gantilah beberapa solat lagi. Sesudah itu, tanda tick pada ruangan di jadual qadha solat. 😊 Mudah dan lebih sistematik kan?


Jom qadha solat!


Intai juga entri Countdown 2018 yang lain:


23 ulasan:

  1. perkongsian yg baik dr Farrah...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Moga bermanfaat untuk kita semua :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah, kita sama-sama guna ye :)

      Padam
  3. Betul la tu. Dulu-dulu kita tak tau tapi sekarang ni dah tau dah. Akak tau fasal ganti solat ni melalui pembacaan dalam novel Jaja & Din karya Noor Suraya. Sekarang ni dok cuba jugak la qadha sikit-sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak buat saya tertarik untuk cari novel Jaja & Din tu..
      Kita cubalah ye kak mana mampu. Sikit-sikit janji hutang kita mula clear :)

      Padam
  4. Tq Farrah...aiseh, saya pun byk tinggal solat, dan ada checklist ni , mudahlah nak guna nnt, thanks sharing... saya ni bukan setakat solat, puasa pun byk lg kena qada....byk hutang sungguh dgn allah ... doakan saya mampu byr hutang2 ni...,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Mrs. Pip. Mudah-mudahan kita mampu bayar hutang-hutang kita dengan Allah secepat mungkin. Aminnnnn.

      Padam
  5. syukran...semoga Allah menerima solat qadha kita, amiin..

    BalasPadam
  6. tingat 1 aunty ni tanya sy cm ne nk qada' solat2 dia yg lalu. sy ckp, lps solat fardu, buat solat yg sm (cnth, waktu zohor qada zohor) n buat ikut kemampuan. tp kn isstoqamah laa sbb kalu x, x kn men jd

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Anies. Yang penting istiqomah. Biar sedikit demi sedikit janji berterusan.

      Padam
  7. Samalah kita Farrah. Huhu. Semoga sama2 kita istiqamah dalam qadha solat. Sedikit janji berterusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan. Kita cuba sama-sama ye :)

      Padam
  8. Bagus ni, moga Zumal pun dapat buat...

    BalasPadam
  9. Bagus ada jadual mcm nih..dulu kita xtahu kan..bila dah tahu kena buat dan qadha solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Zaman dah 'celik' sikit ni kenalah slow-slow ganti balik :)

      Padam
  10. bagus nih, boleh digunakan untuk tau jumlah qadha solat yang dah buat.. apapun kena istiqomah dalam melaksanakannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting, keep calm, istiqamah dan bayar hutang solat hehehe

      Padam
  11. terima kasih pengkongsian ni kak farah.. insyaAllah akan digunakan untuk qadha solat nanti

    BalasPadam
  12. NICE SHARING
    ayu pon ade terbace baru2 ni kat fesbuk..
    makna xkisah bile2 pon kite noleh ganti..
    so qhada lepas solat fardhu pon boleh kan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...