NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 30 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Isnin, 15 Januari 2018

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Assalamu'alaikum.

Dah beberapa hari tak jengah blog. Hari ini ada masa masuk tower, tapi tak ada mood pula nak menulis. Tiba-tiba teringat nak sertai GA anjuran Anies. Semasa Anies lancar GA ni, semangat berkobar-kobar nak join dan bagi support. Tetapi memandangkan ada banyak kekangan kerja, terpaksa tangguh buat sementara waktu. OK, jom tengok syarat-syarat penyertaannya.


Klik banner untuk sertai GA :)

1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah, anies akan follow back.

2) BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: "Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.

3) KEMUDIAN, TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA'.

contoh:
saya sememangnya peminat barang2 limited edition. tak kiralah sama ada ianya makanan, permainan, gajet dan sebagainya, saya pasti akan berusaha untuk mendapatkannya. pernah suatu hari, syarikat telefon XXX bakal mengeluarkan telefon edisi terhad sempena ulang tahun syarikat itu yang ke 10. maka, sehari sebelum pelancarannya, saya dan rakan ambil keputusan untuk 'berkhemah' di hadapan kedai telefon XXX bermula jam 10 malam. penantian kami amat berbaloi kerana tepat pukul 12 tengah hari keesokkannya, telefon edisi terhad itu sudah berada dalam tangan saya! yahoooo! dan sampai sekarang saya masih menggunakan telefon itu sebagai telefon kedua. walaupun dah banyak kali jatuh, retak, ia masih boleh digunakan dan sebab itu saya amat menghargainya.

4) PANJANG KARYA TIDAK TERHAD TETAPI KARYA MESTILAH ASLI. JIKA DIDAPATI MENCIPLAK / MENIRU KARYA / IDEA INDIVIDU LAIN, ANIES TIDAK SAMA SEKALI AKAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PENYERTAAN ANDA AKAN DIBATALKAN SERTA MERTA.

5) JIKA ADA GAMBAR BERKITAN DENGAN CERITA, IA AMATLAH DIALU-ALUKAN DAN MUNGKIN MENJADI KREDIT UNTUK ANDA LAYAK DIANGKAT SEBAGAI SALAH SEORANG PEMENANG. KALAU TIADA, TIDAK MENGAPA.

6) JANGAN LUPA. LETAKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA DAN BACK LINK KE BLOG INI.

7) SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.

8) GA INI BERLANGSUNG DARI 29 DISEMBER 2017HINGGA 31 JANUARI 2018.


SENARAI HADIAH:
3 helai Tudung Aidijuma #GoldLabel x 3 pemenang
1 set travel kit x 1 pemenang
1 set poskad Lemon Sky x 1 pemenang
10 souvenirs (dari pelbagai negara) x 10 pemenang


Kisah Edisi Terhad atau Edisi Istimewa Saya

Puas juga nak memikirkan kisah edisi terhad atau limited edition ni. Huhuhuh! Sesi perah otak kurang berjaya gamaknya. Tak dapat nak recall langsung sebarang pengalaman atau cerita yang berkaitan. Jadi, saya ambil keputusan untuk kongsi kisah edisi terhad dan edisi istimewa 'Bislor Cekebon'.

Apa itu 'Bislor Cekebon'? Satu hidangan yang hanya disediakan di dapur rumah saya (itu sebab saya panggil 'edisi terhad') dan merupakan air tangan Cekebon, ibu saya (itu yang menjadikannya 'edisi istimewa'). Susah nak cari ni. Tak dapat kat tempat lain. 😆


Inilah rupa Bislor Cekebon. Basically, beberapa keping biskut tawar yang dipecah-pecahkan, dimasak dengan telur, hirisan bawang, hirisan cili hijau, lada hitam dan garam secukup rasa sehingga tekstur biskut jadi lembut. Ini kira macam comfort food buat kami adik-beradik. Kalau rasa rentan, tidak sedap badan, rengek minta bislor. Kalau bad mood, tak de mood, mood swing, atau apa-apalah rasa yang tak best, bislor will cheer me up

Sampai sekarang, (seandainya teringin saya sediakan bislor sendiri, tak perlu susahkan Cekebon) setiap kali nak suap bislor ke mulut, it will remind me of a very fond memory of Cekebon di dapur rumah lama kami. Cekebon buka tin biskut, hiris bawang dan cili hijau, pecahkan telur, kelentung-kelentang dan beberapa minit selepas itu dengan senyuman, semangkuk bislor terhidang di depan mata. Nikmatnya! 😉 Oh, bagi yang nak cuba buat Bislor Cekebon, boleh intai resepinya di sini

Begitulah kisah Bislor Cekebon saya. Boleh terima ke tidak ni, Anies? 😃

Tunggu apa lagi? Jom sama-sama kita meriahkan GA Anies ni. GA berlangsung sehingga hujung bulan ini. Ada banyak masa lagi.






15 ulasan:

  1. gud luck ! cikyan suka tudung aidijuma.. best !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Cikyan. Sempat join tak GA ni?

      Padam
  2. terima kasih kerana sudi menyertainya... selamat berjaya ya!

    BalasPadam
  3. haiyaaa banyaknya resepi kreatif yang kena cuba ni.. habis rasa telur goreng ker rasa cekodok ker atau rasa biskut Hup seng? hehehe

    BalasPadam
  4. Wow..good luck kak Farrah! Saya x join lagi ni tengah cari apa benda limited edition saya ada kat rumah. Hehe

    BalasPadam
  5. oooh yes i hev to admit.. cooking jargon BISLOR hanya ada di blog ini hehehe.. cannot be found anywhere =)

    BalasPadam
  6. nak join.
    tapi mcm payah plak. hu hu hu :(
    perah otak jap.
    sok last day la plak...

    BalasPadam
  7. smpai skg nak bt bislor xbuat2.. asihh kene buh dlm whistlist ni
    byk sgt bnd nk bt smapi 1 pon tak buat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...