Rabu, 5 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H



Terima kasih atas perkenalan
terima kasih atas persahabatan 
meski sekadar di dunia maya
tidak bersemuka
bukan alasan membataskan mesra.


Jarak hanya membuat jeda pada jasad
biarpun jauh, kesalahan tetap boleh terpahat
tutur kata dan tingkah laku mungkin mencalar hati
lalai dan tidak sengaja
menghakis kasih, menyemai benci.


Lantas 
berbekal tulus
bertunggakkan suci keraian ini
maaf dipohon seikhlas hati
mudah-mudahan setiap hati kita jadi bersih
kosong kosong
murni tanpa cela
biar tidak bersemuka
bukan alasan membataskan mesra.





10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salam Lebaran, Sha. Selamat beraya sakan!

      Padam
  2. hehehe kite pun up gambar separuh je hehe.
    sparuh lagi biarlah misteri =P

    Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah...akak ni bukan pasal misteri. Kang kalau upload gambar penuh, takut tak muat ;)

      Padam
  3. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Lebaran 1440H, kak. Maaf Zahir Batin.

      Padam
  4. Selamat hari raya farrah. Maaf zahir dan batin sepanjang kita 'kenal' ya

    BalasPadam
  5. selamat hari raya aidilfitri =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...