Masih ingat lagi pada lagu Hikayat BenLadin? Tahun lepas, ketika lagu ini popular, anak-anak didik saya suka sangat nyanyi lagu ini semasa sedang buat latihan di dalam kelas. I guess, iramanya yang catchy really captured their attention. Siap hafal bahagian rap tu lagi!
Kebetulan pada masa itu, murid-murid cilik Tahun 2 ada masalah untuk ingat formula 'Masa dan Waktu'. Satu tahun berapa bulan, berapa hari...satu minggu berapa hari...so on and so forth. Kalau ingat satu, satu lagi lupa. Suruh ingat minggu, tahun dan bulan pula lupa. So, saya pun membebellah. "Lirik lagu bukan main lagi ingat ye...formula senang macam ni liat pula kepala tu nak terima!"
Maka time tulah ada mentol menyala atas kepala. Alang-alang anak-anak ini dah suka lagu Hikayat BenLaden, apa kata kita suruh mereka hafal formula yang dilagukan mengikut rentak lagu tersebut. Mungkin apabila formula tu dilagukan, mereka akan dapat ingat dengan lebih berkesan. Balik rumah, terus saya duduk dengan gitar kesayangan saya (dan secangkir kopi kaww), susun formula ikut lagu.
Hasilnya...
Dendangan lagu Hikayat BenLadin sewaktu kelas seterusnya. Bersungguh-sungguh mereka menyanyi. Tolong abaikan tempo yang agak lambat tu. Sengaja dilambatkan sementara mereka nak adjust formula dan lagu dalam kepala masing-masing. Alhamdulillah, proses ulang kaji berjalan lancar setelah mereka ingat formula ini. Cuma saya pesan siap-siaplah, dalam kelas masa periksa tak perlu nyanyi kuat-kuat. Nanti ganggu kawan-kawan yang lain 😉
Andai kurang jelas, di bawah ini lirik dan formulanya ya. Sesuai digunakan untuk kelas Matematik Tahun 2 dan 3.
Hikayat Masa dan Waktu
Satu tahun dua belas bulan
seminggu ada tujuh hari
satu hari dua puluh empat jam
satu jam enam puluh minit
satu minit enam puluh saat
kena ingat
masa dan waktu
hey jangan keliru
Tahun ini, sekali lagi kena guna lagu Hikayat BenLadin untuk ajar topik 'Masa dan Waktu'. Cuma saya tidak sempat rakam aktiviti mereka kerana kebetulan saya sibuk uruskan anak-anak murid Tahun Enam buat persiapan akhir untuk UPSR. It seems like murid-murid tahun ni lagi celik muzik berbanding tahun lepas. Mereka boleh nyanyi ikut beat asal. Semua nak jadi pelapis BBNU gamaknya.
wow... teringin la akak nak belajar main gitar... mest best kan farah boring2 petik gitar
BalasPadamBolehlah, kak. Buat teman masa bosan tak tahu nak buat apa...buat umpan anak-anak murid suruh belajar ;)
PadamWahh kreatifnyaaaaa
BalasPadamNak 'ngorat' minat si cilik :D
PadamBest jugak lagu ni..
BalasPadamCatchy kan, kak.
PadamWah.. seronoknya.. Suka dapat cikgu yang kreatif macam nie.. Pembelajaran jadi lebih menyeronokkan..
BalasPadamSyabas teacher, kaedah pembelajaran dan music memang ternyata berkesan kepada pelajar sekarang.. Zaman dah banyak berubah mujur teacher pun creative dan pandai main alat music..
BalasPadamHeheheh teacher ni tak creative mana, LZ. Dah anak-anak sekarang minda mereka lebih cepat terangsang dengan muzik, teacher kena jadi artis bidan terjun :)
PadamKunjungan perdana.. salam kenal, mari berkawan. Semoga bisa mmapir kesini sering2
BalasPadamMakasih atas kunjungannya :)
Padamsuka anak murid dpt cikgu mcm ni hehehe
BalasPadam