Isnin, 26 Ogos 2019

Sandwic Ayam Cendawan Roti Parmesan Oregano

Assalamu'alaikum. Hari ini entri resipi mudah tetapi sedap yummm yummmm! Sandwic Ayam Cendawan. Apa yang istimewanya hidangan sandwic saya kali ini ialah bahan tambahan yang digunakan seperti hirisan ayam dan hirisan saderi. Selalu jika buat sandwic cendawan, saya hanya guna cendawan shitake, bawang besar dan lada benggala sahaja. Kemudian, tambah perasa seperti sos tiram dan lada hitam. Boleh intai resepi di sini.

Selain daripada itu, pilihan roti saya juga berbeza. Kebiasaannya, saya akan guna roti fibre atau baguette yang dipotong serong memanjang. Tetapi, kali ini saya guna roti parmesan oregano yang dibeli di La Boheme Bakery di Aeon Anggun, Rawang. Memang jatuh cinta dengan roti ini. Dahlah lembut, wangi je bau parmesan dan oregano menyapa hidung 😉


Resepi Sandwic Ayam Cendawan


Inti sandwic ayam cendawan


Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat inti sandwic:
  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 tangkai saderi (dihiris)
  • satu pek cendawan shitake (dihiris)
  • seketul dada ayam (direbus dan dicarik/dihiris supaya menjadi cebisan kecil)
  • 1 - 2 sudu sos tiram
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • serbuk lada sulah secukup rasa
  • garam jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar hingga naik bau dan caramelized.
  2. Setelah itu, masukkan cendawan, hirisan ayam dan potongan saderi. Goreng kilas (stir fry).
  3. Perasakan dengan sos tiram, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Jika tekstur sos tiram agak pekat, masukkan sedikit air. 
  4. Biar seketika di atas dapur hingga cendawan lembut.



Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh variasikan resepi dengan letak:

  • sedikit kicap manis (seperti kicap ABC) bersama lada hitam
  • Worcestershire sauce
  • BBQ sauce

Yang penting, ikut cita rasa masing-masing. OK, apabila inti sandwic dah siap, marilah kita siapkan rotinya pula. Inilah roti parmesan oregano La Boheme Bakery tu. Potonglah kepada beberapa potongan. Jika nak potongan roti tu cantik, jangan lupa pakai serrated knife.



Kalaulah gambar kat atas ni boleh keluarkan bau, mesti kalian akan terliurlah! Roti ni saling tak tumpah rasanya macam roti parmesan oregano Subway. Cuma bentuk dan saiz berbezalah.


Setelah dipotong, dua-dua belah roti saya sapukan dengan sedikit mentega dan dipanaskan sebentar di atas kuali. Kemudian, barulah kita letak inti semewah-mewahnya.


Bagi saya macam ni je dah cukup. Bott will go for a few extra steps. Dia akan tambah sandwic dengan hirisan zuccini atau timun dan hirisan tomato. Oh, nak bagi rasanya lagi umpphhh, boleh juga sapukan sedikit mayones, mustard dan sos cili. 

Sandwic Ayam Cendawan siappppp!



Ingin cuba resepi sandwic yang lain?



5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...