Khamis, 8 April 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

Ternampak entri mengenai Giveaway Sampul Raya Hipster anjuran Fiza ini, terus saya rasa teruja untuk turut serta. Siapa-siapa yang pernah melihat hasil kreatif berseni Fiza pasti akan bersetuju dengan saya. Rekaan sampul raya hipsternya cantik-cantik! Bukan calang-calang. Memang hipster habislah. 😄

Saya memang jenis suka kumpul sampul-sampul raya ni. Bukan setakat untuk isi duit raya je, sampul-sampul begini berguna sepanjang tahun. Nak sedekah kat orang, nak rancang perbelanjaan bulanan yang guna teknik asing bajet ikut sampul, nak buat money challenge kumpul duit ikut warna ... dan tidak lupa sebagai salah satu bahan material untuk jurnal terutama sekali junk journal. Ini kalau dapat sekeping ni, confirm masuk junk journal saya. 




Hadiah untuk pemenang Giveaway Sampul Raya Hipster


Hadiah pertama
50 pcs Sampul duit raya hipster

Hadiah kedua
40 pcs sampul duit raya hipster

Hadiah ketiga
30 pcs sampul duit raya hipster


Menarik, bukan? Jadi, tunggu apa lagi? 
Mari meriahkan GA ini. Syarat penyertaan mudah, hadiah best. Klik sahaja banner di atas, kalian akan dibawa ke entri GA.


Tempoh GA berlangsung - 5 April - 12 April 2021

10 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.