3 Hidangan Kentang yang Enak untuk Dicuba

Sabtu, Mei 08, 2021

Buntu hendak memikirkan menu hari ini? Apa kata kita masak kentang. Hari ini saya kongsikan 3 resepi berasaskan kentang yang mudah disediakan, sedap dan dapat dinikmati seisi keluarga. Kalau kalian memang suka makan kentang, buat lebih sedikit tau … bimbang tak cukup pula nanti 😊


1. Kentang Bakar Mustard

Boleh pakai sebarang jenis mustard. Tidak kiralah Dijon, honey, yellow, spicy brown atau apa sahaja yang ada di pantri kalian. Rasa tart-and-tangy mustard itu yang akan menyedapkan hidangan kentang ini. Langkah penyediaannya semudah ABC. Lihat gambar di bawah. 

Kentang dibasuh bersih-bersih, dibelah kemudian direbus sehingga empuk. Ini bertujuan untuk dapatkan tekstur luar kentang yang crispy dan lembut di dalam.  Jika tidak mahu rebus dahulu pun tak mengapa, tetapi pastikan masa membakar ditambah menjadi lebih lama.


Pastikan ketulan kentang tidak bertindan. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit atau lebih sehingga kentang lembut.



2. Kentang Bakar Rosemary

Kentang Bakar Rosemary


Bahan-bahan:
  • Beberapa biji kentang. Bersihkan, potong memanjang. Jika hendak lebih berperisa dan dapat khasiat kentang sepenuhnya, tidak perlu buang kulit.
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih (dititik dan buang kulit)
  • beberapa tangkai rosemary
  • garam secukup rasa
  • sedikit parutan kulit lemon



Cara-cara Penyediaan:
  • Jika ingin tekstur kentang yang crispy di luar dan lembut di dalam, rebus kentang hingga empuk terlebih dahulu barulah kemudiannya dibakar. Kalau tidak, boleh terus bakar je. Oh ya, sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu - 230 darjah celcius.
  • Ratakan kentang atas dulang pembakar. Letak minyak zaitun, rosemary (yang telah dileraikan dari tangkai) dan garam. Gaul sekata. Pastikan minyak zaitun cover potongan-potongan kentang supaya tidak terlalu kering apabila dibakar.
  • Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
  • Setelah siap dibakar. Tabur sedikit parutan kulit lemon. Hidangkan.

Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh cicah dengan sos, mayones dan mustard.



3. Stew Kentang

Antara hidangan stew kegemaran saya. Rasa kentang yang dah sebati dengan kuah stew sedap sangat! Saya suka pedas, jadi letak beberapa tangkai cili api. Cili ini optional ya.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 butir bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 - 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 - 4 sudu besar kicap manis
  • 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • sedikit air
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
  2. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
  3. Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
  4. Sedia untuk dihidang!


Resepi lain berasaskan kentang yang boleh dicuba:

13 ulasan

  1. Masakan berasaskan kentang merupakan kegemaran saya. 😋

    BalasPadam
  2. Kreatif . Banyal sebenarnya menu yang boleh buat kalau pandai olah resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi akak, kentang antara makanan yang senang nak diolah. Masak apa pun sedap! :)

      Padam
  3. Okay, ada menu rupanya yang boleh dibuat berasaskan kentang. Baru saya tahu hehehe. Next next time boleh try :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kentang ni masak simple-simple pun sedap yakmat!

      Padam
  4. Aha saya ada 2 jenis mustard yang adik saya tinggalkan yang tidak habis-habis pakai. Guna selalu letak pada roti. Nanti bolehlah guna ikut resipi. Terima kasih kongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Nanti boleh cuba, NA. Guna dua-dua mustard tu sekali pun okey.

      Padam
  5. Balasan
    1. Kentang tidak pernah mengecewakan hahahah

      Padam
  6. Kentang masak apa pun sedap

    BalasPadam
  7. Teringin sungguh nak cuba masak stew tu.. Kita save dulu, nak seru kerajinan dulu.. hehehe..

    BalasPadam
  8. sedapnyaaaaa... nak sikitttt

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.