Popcorn Eureka Yummy Yumm

Khamis, Julai 22, 2021

Asalnya saya mencari biji jagung kering (corn kernels) sebab nak buat bertih jagung sendiri. Dalam pada sibuk hendak putuskan mahu beli jenis mushroom atau butterfly, terserempak pula dengan bertih jagung yang tinggal nak masuk mulut.

Dah nampak tu, apa lagi ... tergodalah! Sebelum makan popcorn versi sihat, ada baiknya makan popcorn versi yang lemak berkrim dahulu.😆 Dalam banyak-banyak popcorn yang tersaji di hadapan mata, berkenan pula pada popcorn Eureka. Biasa dengar jenama ini tetapi saya belum pernah cuba. 

Klik pada kedainya, terus rambang mata! Ada banyak pilihan perasa. Sweet atau savoury? Kalian sendiri putuskan sesuai cita rasa. Antara perasanya ialah - Seaweed, Butter Caramel, Dark Chocolate, Sea Salt, Wasabi, Cheese, Salted Egg dan memandangkan sekarang musim durian ... sana-sini orang sibuk makan durian … popcorn perasa durian pun ada.

Saya cuba dua perasa dahulu. Nampak perasa White Coffee terus teruja. Tanpa fikir panjang masuk dalam bakul shopping. Kemudian, satu lagi saya pilih dark chocolate. Mula-mula rasa nak butter caramel. Tetapi, ada ulasan yang kata popcorn butter caramel tu agak manis. Jadi, pilih coklatlah. 

Popcorn dah sampai! 

White Coffee - 70g. Dark chocolate tu berat sedikit, 90g. Masa saya beli ada promosi. Satu tiub silinder dalam lebih kurang RM7.++. 

Popcorn Eureka terdapat dalam banyak saiz dan pembungkusan. 100g, 140g, 200g .... ada dalam tiub silinder, ada dalam packaging sealable plastic. Saya dapat popcorn pek kecil perasa Sour & Cream sebagai hadiah percuma. Tak sempat ambil gambar, Bott dah sebat dulu.


Perasa coklat gelap. Mewah salutan coklatnya.

White Coffee Popcorn


Sedap ke tidak? Sedappp! Puas hatilah beli. Suprisingly, saya lebih suka dark chocolate berbanding white coffee. Asalnya dark chocolate untuk selera Bott, white coffee untuk saya. Alih-alih, Bott pula yang genggam tiub silinder white coffee tu tak mahu lepas. Rasa kopinya just nice. Tak kuat sangat. White coffee, kan ... Itu yang kena dengan cita rasa Bott kot. Oh, yang sour and cream pun sedap.

Nanti-nanti, bolehlah cuba perasa lain. Kalian kalau hendak manjakan tunas rasa dengan popcorn Eureka ni, carilah Eureka Official Store di Lazada ya.

27 ulasan

  1. serius la popcorn perisa durian pon ade.. camne la rsnya ye.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada... tapi akak tak rasa nak cuba hehehe

      Padam
  2. wahh..banyak perisa..pernah nampak tapi tak pernah beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kali ni saya tergoda untuk beli 😊

      Padam
  3. Pernah juga makan popcorn perisa buah berangan. Pelik juga dengar perisa begitu mula-mula rupanya sedap.
    Tengok penuh salutan pada bertih dalam gambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, popcorn perasa buah berangan! Memang rare tu. Mesti sedap kan sebab buah berangan tu lemak-lemak rasanya.

      Padam
  4. Tak pernah try. Wah banyaknya perisa.. :) mcm mcm sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh memang macam-macam. Yang penting, sediakan RM je :)

      Padam
  5. Nampak sedap sangat!
    Nak cari juga nanti kalau ada.

    BalasPadam
  6. kenal Eureka popcorn ni dulu cousin yang introduce. Dark chocolate tu memang sedap. Lama dah tak makan sejak cut sugar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah akak macam kagum gak dark chocolatenya suprisingly sedap.
      Dah rasa popcorn ni... jadi boleh insaf dan join Sal untuk cut sugar balik hahahaha

      Padam
  7. sedapnya klau buat mengunyah depan tv ni..

    BalasPadam
  8. WAH NAMPAK MENARIK LA FLAVOUR POPCORN NI ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, CCL. Kalau akak tak sedar diri memang rasa nak beli semua! 😊

      Padam
  9. Dia punya salutan tu menyeluruh. Suka jenis popcorn macam ni bukan jenis yang ada perisa sikit sikit je tercalit. Puas hati membeli kalau macam ni. Banyak pilihan perisa ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Makan popcorn yang coating penuh ni baru enjoy, kan? Treat utk diri yang berbaloi 😆

      Padam
  10. Omakkkk, durian pun adooooo, memang tak belilah saya hahahaha.
    Tapi sedappp popcorn ni, makan sambil tengok movie ke drama ke, tahu tahu habis hahahaha.
    Nak beli popcorn dekat panggung wayang tak boleh, jadi kita beli la popcorn sendiri then makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kita layan popcorn sambil tengok movie diam-diam kat rumah jelah ye. Nak makan popcorn panggung wayang masih samar bayangannya huhuhu

      Padam
  11. wowww gebu2 pop corn nya yaaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gebu-gebu dengan salutan penuh memang yummms!

      Padam
  12. dulu kalau g one utama lalu dpn kiosk eureka ni selalu amik sample popcorn. penah jg beli tp yg biasa je laa��

    BalasPadam
  13. versi caramel pun sedap kak farrah,boleh kata fav saya juga :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.