Makoko Canapa

Khamis, Februari 11, 2016

makoko canapa
egg in the hole
toad in the hole
bird in the nest
one eyed jack
egg in the frame


Inilah antara hidangan yang ada paling banyak nama julukan. Walhal, sebenarnya it's just toast and egg in the middle. Roti bakar dengan telur di bahagian tengah. Sekali-sekala, saya suka juga makan untuk sarapan. Pagi-pagi pancing selera dan mata dengan toast comel ini ok juga kan,..

Photo Paper Percuma daripada HP

Selasa, Februari 09, 2016

Sebelum ini, saya memang pengguna setia printer (mesin pencetak) Canon. Mungkin kerana sudah biasa dengan jenama ini yang mesra pengguna dan featuresnya yang tidak complicated. Malah, untuk cetak bahan mengajar dan material anak-anak murid pun saya guna pencetak Canon yang telah diubahsuai (yang dakwat super jimat, macam ada buah pinggang di luar tu). Semasa saya beli printer yang diubahsuai supaya jimat dakwat ni, belum ada lagi ciri ink advantage pada printer.

Sekarang, nak cetak banyak-banyak pun tak perlu gusar dengan adanya printer bercirikan ink advantage. Dengan ciri ini, katrij dakwat harganya jauh lebih murah dan boleh mencetak dalam kuantiti yang banyak. Rasanya kebanyakan jenama printer di pasaran memang dah ada model sebegini. Satu katrij berharga antara RM25 - RM35 berbanding dahulu sekitar RM60-RM80 dan boleh cetak lebih kurang 400 keping.

DIY Mudah - Bekas Tisu daripada Cawan Kopi

Isnin, Februari 08, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat bercuti dan bersantai.

Siapa di sini coffee lover? Peminat tegar kopi? Haaa...bagi yang selalu minum kopi ke teh ke...paper cups tu jangan dibuang begitu sahaja. Marilah kita amalkan 'gaya hidup hijau'. Kita guna semula cawan kertas untuk dijadikan kotak/bekas tisu. Cawan kopi jadi kotak tisu? Easy peasy. Cuba lihat gambar di bawah ni.

Bekas tisu daripada paper cups.

Ini antara DIY paling mudah yang kalian boleh cuba. Pada masa yang sama, kita didik diri kita untuk guna semula bahan-bahan terpakai. As easy as ABC. Semudah 123! Apa yang diperlukan? Hanya paper cup terpakai dan tisu! Then, of course kita perlu alat seperti gunting atau circle cutter (Baca mengenainya di sini).