Utusan Muzik Scdha Sein
Isnin, Februari 22, 2016
Assalamu'alaikum,
Petang Jumaat lepas, saya di dapur ketika dengar suara Cekebon berbual dengan seseorang. Apabila saya intai, nampak Cekebon tengah hulur air mineral dekat pintu. Eh, poslaju ke?! Cekebon memang ada stok air kotak/air mineral di ruang tamu untuk beri pada adik poslaju. Kasihan mereka haus, kerja tengah panas. Kira dah jadi aktiviti wajib Cekebon, terima parcel, hulur air. Terima parcel, hulur air.
Sebaik sahaja tutup pintu, Cekebon laung nama saya. Mungkin hadiah tebus HP kot...(boleh baca mengenainya di sini). Once tengok cetakan nama pada bungkusan, saya excited sendiri. Dah tahu siapa pengirimnya. Scdha Sein. Ya Allah, terharunya! SS hantar hadiah birthday! Jika diikutkan tarikh kirim, sepatutnya boleh sampai betul-betul pada hari lahir saya. Tetapi, memandangkan poslaju area saya ni memang ala ala pos siput. Rezekinya lambat sehari :)