DIY Kad Hari Bapa - Tuxedo

Selasa, Mei 31, 2016

Hari ini tak larat nak menaip entri panjang-panjang. Tengok gambar sahaja ye,..ukuran kita agak-agak :)

DIY KAD HARI BAPA - TUXEDO 

Apa yang dperlukan.

Tutorial Kraf Kertas - Heat Embossing (Bahagian 2)

Isnin, Mei 30, 2016

Entri Part 1 di sini ye :)

Dalam entri Part 1, saya dah tunjukkan hasil heat embossing guna Clear Embossing Stamp Pad dan serbuk embossing Bridal. Disebabkan saya guna kertas pink, tak nampak sangat efek embossed-nya. 'Happy Day'  di bawah saya buat atas kad hitam. Jelas sedikit.

Cantik tak?

Jom Kenal Serizawa Buskers

Sabtu, Mei 28, 2016

Assalamu'alaikum,

Pernah dengar Serizawa Buskers? Haaa,...mari mari! Lai..lai..lai! Tuan tower nak tolong uar-uarkan. Serizawa Buskers sekarang dah jadi antara 'ahli muzik' kegemaran saya. 

Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang anak muda berbakat besar:-
Man Serizawa (Vokalis)
Ain (Vokalis)
Fendi (Vokalis)
Nazrin Biskut (Vokalis)
Ijat (Lead Guitar)
Haikal (2nd Guitar)
Madi (Percussionist)
Wan (Bassist)
Farid (Toys)

Serizawa Buskers diasaskan oleh Zainul Luqman bin Zainul Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Man Serizawa. Baru berusia 22 tahun, merupakan mahasiswa Bacelor Komunikasi, UPM, Man dan teman-teman aktif berbusking demi menaikkan nama Serizawa Buskers. Mereka dah buat persembahan di banyak events and functions terutama sekali acara-acara di universiti.

Resepi Tauhu Goreng Berlauk

Jumaat, Mei 27, 2016

Hidangan ini menggunakan tauhu telur dan tauhu keras biasa. Saya olah semula untuk dapatkan tekstur yang sedang-sedang. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan-bahan untuk inti atau 'lauk' tauhunya bergantung kepada kita. Tengok-tengoklah apa yang ada di dapur. Saya guna hirisan dada ayam dan kucai sebab masa tu tiada daun bawang dan daun sup di rumah.

Tauhu Telur Goreng