Pekasam Telur Sotong
Selasa, Mei 11, 2021
Assalamualaikum, semua. Apa khabar hari ini? Sebelum tu, saya hendak minta maaf andai sudah lama tidak ‘muncul’ di blog kalian. Sebenarnya, dah semangat dah datang berkunjung baca entri-entri kawan-kawan. Tetapi, ada isu teknikal sedikit semasa hendak tinggal komen di sesetengah blog. Putus angin juga dibuatnya. Insya-Allah, nanti masalah ni selesai, saya datang serbu semula ya 😅
Kalian biasa makan telur sotong tak? Secara jujurnya, saya tidak pandai makan atau masak menu menggunakan telur sotong. Selalu jika ke pasar tani untuk mencari telur ikan, telur sotong yang dijual di situ saya kerling sahaja. Tak reti makan kan ... buat tak heran jelah.
Apabila ada yang memberi telur sotong, memang mati akal saya tak tahu hendak buat apa. Tapi, tetap terima dengan hati gembira. Rezeki usah ditolak! Banyaklah juga dapat. Satu bekas penuh container yang kita guna untuk tapau nasi bungkus tu. Dalam kepala dah terbayang ... mungkin boleh buat gulai lemak cili api telur sotong.
Tiba-tiba si Bott saran buat pekasam telur sotong. Dia sibuk galur feed di IG, terliur nampak orang pos gambar ikan pekasam. Saya dengar pekasam je terus kecur air liur. Okey, mari kita pekasamkan!
Bermulalah proses kaji selidik kami menggunakan khidmat Google cari cara-cara hendak buat pekasam telur sotong. Gigih kami rendam dalam air garam, sangai beras, kisar beras hehehe
Dipendekkan cerita, kurang lebih seminggu kemudian ...